Semua calon PRU15 diwajibkan jalani ujian ‘Doping’

Semua parti politik di Malaysia sewajarnya mewajibkan bakal calon mereka untuk PRU15 menjalani ujian saringan air kencing-doping.

Ini bagi memberi keyakinan kepada rakyat, wakil rakyat yang dipilih bebas dari dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah. 



Mungkin bagi bakal calon, cadangan ‘doping’ bukanlah alternatif terbaik tetapi perkara ini akan menambah kredibiliti mereka pada pandangan rakyat. Malah mana-mana parti yang mewajibkan ‘doping’ dilakukan calon, ia akan dijadikan antara perbandingan untuk meraih undi.

Untuk rekod, ahli politik juga tidak lari dari penyalahgunaan dadah.

 



Rujukan –

Parti politik tidak boleh memandang rendah akan penyalahgunaan dadah dikalangan ahli mereka yang bakal menjadi calon untuk PRU15 kelak.

Mereka sewajarnya membenteras serta menghalang bakal calon yang terlibat dengan dadah dari bertanding kerana akan menjadi contoh yang tidak baik kepada rakyat di masa hadapan.

Sudah sampai masanya semua parti politik Malaysia mengembleng suara serta persetujuan agar semua bakal calon mereka diwajibkan menjalani ujian ‘doping’.



Jika bakal calon benar-benar bersih, mereka tidak perlu ragu-ragu untuk menjalani ujian tersebut sebaliknya jika mereka masih terlibat adalah lebih baik melupakan hasrat untuk menjadi wakil rakyat.

Walau cadangan untuk ujian ‘doping’ dianggap tidak perlu dan tidak kena pada masanya, sebenarnya parti politik boleh sahaja mengarahkan bakal calon mereka mengemukakan hasil ujian untuk menunjukkan bahawa berbaloi untuk mereka dijadikan calon memandangkan tidak terlibat dengan dadah.

 



 

https://majoriti.com.my/berita/2022/01/16/saringan-dadah-untuk-ahli-politik-bukan-keperluan-mendesak–pakar?msclkid=ea6b31f3ba1a11ecbd38acbb60b59879

Apa kata parti politik Malaysia? Adakah sanggup untuk mewajibkan ujian kepada semua bakal calon mereka? Perlu diingatkan Undi 18 akan menjadi sebahagian daripada PRU15 dan mereka akan memerhati siapa yang boleh dijadikan contoh terbaik untuk diangkat sebagai wakil rakyat.

Rakyat tidak suka melihat ada lagi ahli politik yang bermata merah, kusut masai atau kuyu setiap kali berdepan wartawan. 



Rakyat juga enggan menerima ahli politik terlibat dadah membuat dasar-dasar penting untuk negara.

Malaysia tiada Duta atau wakil di 30 negara?

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button