Tentera Laut AS didakwa telah dikejar dua ‘bola cahaya’

Amerika Syarikat – Sebuah kapal perang milik Tentera Laut AS didakwa telah dikejar oleh dua ‘bola cahaya’ sebesar kereta yang tidak terjejas walau ditembak oleh senjata anti-drone.

Memetik laporan New York Post, pendedahan itu mendakwa bahawa kapal perang tentera laut AS bernama USS Kearsarge itu telah bertembung dengan UFO.

Pembuat filem dokumentari, Dave C. Beaty yang menghasilkan filem “The Nimitz Encounters” iaitu mengenai pertemuan Tentera Laut AS pada 2004 yang terkenal dengan objek “Tic Tac” telah mendedahkan penampakan yang dilaporkan dari Oktober 2021 itu.



Sekurang-kurangnya dua objek dikatakan bersembunyi berhampiran kapal penyerang amfibia seberat 40,500 tan itu selama beberapa malam ketika ia sedang menjalani latihan di luar Pantai Timur AS.

Difahamkan, ‘bola cahaya’ itu telah mengikuti belakang kapal tersebut setengah batu dan sekitar 200 kaki di atas lautan.

Beaty telah dihubungi oleh seorang pegawai Marin AS yang kini telah bersara dan dikenali hanya dengan nama ‘Mark’ bagi mendedahkan perkara berkenaan.

USS Kearsarge telah berlatih pada masa itu sebelum ditempatkan ke luar negara termasuk dengan sistem yang direka untuk menumbangkan dron musuh.



Gambar dari laman Facebook agensi itu mendedahkan bahawa mereka mempunyai keupayaan senjata anti-drone yang kelihatan seperti “Ghostbusters”.

Dikesan pada waktu malam

Objek itu dikatakan telah dikesan pada waktu malam ketika para petugas sedang melakukan tinjauan di atas dek.

Kejadian itu juga dipercayai telah dirakam oleh kru tetapi videonya masih belum dikeluarkan.

Pada awalnya pihak tentera AS mengesyaki bahawa objek itu adalah sebahagian daripada latihan mengejut untuk senjata anti-drone.



Walau bagaimanapun, mereka mendapati bahawa senjata anti-drone itu gagal mengunci sasaran dan mengapa-apakan objek tersebut.

Serangan senjata anti dron yang dilancarkan terhadap dua bola cahaya itu juga tidak berhasil.

Seorang bekas tentera AS berkata kepada Beaty bahawa USS Kearsarge telah memaklumkan bahawa objek itu bukan milik mereka.

Sebelum ini, Beaty pernah mendedahkan mengenai log dek yang mengesahkan pertemuan UFO oleh USS Kidd. Ketika itu mereka telah dikerumuni oleh sekurang-kurangnya empat objek yang tidak dapat dijelaskan pada Julai 2019.



Malah, dia juga menerbitkan beberapa siri dalam beberapa tahun kebelakangan ini termasuk yang popular “Gimbal”, “Go Fast” dan “Tic Tac”.

Rakaman itu mengejutkan dunia dan telah mencetuskan minat baharu yang lebih arus perdana terhadap UFO.

Sementara itu, Pegawai AS dipercayai telah menubuhkan pejabat baharu di Pentagon yang menjadi lokasi untuk menstruktur pelaporan rasmi mengenai penemuan UFO buat kali pertama dalam beberapa dekad.

Ia berlaku selepas terdapat beberapa laporan penting mengenai subjek itu dikeluarkan pada musim panas lalu.



Berikutan itu, ia mengesahkan puluhan penemuan yang tidak dapat dijelaskan dan kini dirujuk sebagai Fenomena Udara Tidak Dikenalpasti.

New York Post



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button