Buat Senaman ‘Kemut’ Ini Untuk Kuatkan Faraj
Kecantikan seorang wanita bukan sahaja terhad kepada luaran, rupa yang cantik tetapi juga memerlukan kecantikan dalaman yang sihat. Bagi wanita, mereka sentiasa menjaga bentuk fizikal mereka dengan menjalankan senaman yang kerap untuk otot- otot anggota atas, anggota bawah, belakang and abdomen tetapi kebanyakan wanita kerap mengabaikan kepentingan penjagaan otot lantai pelvik mereka.
Diasaskan oleh Dr. Arnold Kegel, senaman kegel atau dikenali sebagai senaman kemut memberi fokus pada bahagian dinding lantai pelvik. a amat popular bagi ibu yang sedang hamil dan wanita yang telah melahirkan anak.
KEBAIKKAN SENAMAN KEGEL
Terdapat banyak manfaat senaman ini jika dilakukan secara konsisten. Selain dapat merawat pundi kencing yang sering berdepan dengan masalah kencing kerap, senaman kegel juga mampu menjamin proses kelahiran si ibu dengan selamat dan mudah.
1. Menyokong organ-organ dalam pelvik dan memudahkan proses bersalin.
Senaman ini membantu otot di bahagian perut dan ke bawah berada dalam keadaan rileks. Ia juga mengajar badan untuk lebih memahami bagaimana kontraksi ketika meneran.
Kajian membuktikan ibu-ibu yang rajin membuat senaman kegel akan melalui tempoh melahirkan lebih pendek berbanding mereka yang tidak membuat senaman ini.
2. Mengelak daripada gejala mudah terkencing dan organ prolaps.
Ibu-ibu hamil pasti berdepan dengan masalah mudah terkencing jika bersih atau batuk. Senaman ini dapat mengurangkan masalah kencing tak lawas.
3. Meningkatkan keyakinan diri dan penting untuk fungsi seksual.
Senaman ini dikatakan mampu mengetatkan faraj supaya dapat memberikan kepuasan ketika hubungan intim bersama suami. Kaum lelaki pun pun boleh buat kuat dan tahan lama.
BAGAIMANA NAK BUAT SENAMAN KEGEL?
– Kemut faraj sehingga anda rasa sensasi kemutan itu
– Tahan selama 5 hingga 10 saat
– Lepaskan kemutan secara perlahan-lahan
– Rehat 10 saat
– Ulang semula langkah yang sama
– Amalkan sebanyak 3 ke 5 kali sehari secara berturut-turut
– Tingkatkan kekerapan senaman dari semasa ke semasa
Selamat mencuba!