Kilang bunga api meletup, 23 maut

Oleh – Syeikh Baran


Kilang bunga api meletup, 23 maut

Seramai 23 orang maut selepas sebuah kilang bunga api di tengah Thailand meletup hari ini, kata Gabenor Wilayah Suphan Buri,  Nattapat Suwanprateep.



“Kami menerima laporan daripada pasukan EOD bahawa terdapat 23 disahkan maut,” kata Suwanprateep kepada AFP.

Imej yang dikongsi oleh perkhidmatan penyelamat tempatan menunjukkan serpihan logam bersepah di atas tanah, dan kepulan asap hitam yang besar.

Letupan berlaku kira-kira jam 3:00 petang berhampiran perbandaran Sala Khao, di tengah wilayah Suphan Buri.

Tiada punca yang menyebabkan letupan itu setakat ini.



Bagaimanapun, Suwanprateep berkata, pegawai sedang menyiasat apa yang mungkin mencetuskan kejadian berkenaan.

“Kilang itu beroperasi secara sah dengan lesen yang sah,” katanya.

“Tingkap kaca pada satu rumah telah terjejas oleh letupan tetapi tiada laporan lain,” kata Nattapat.

Pegawai polis berkata kawasan sekitar tidak mengalami kerosakan.



Leftenan Jeneral Polis, Naiyawat Phademchid memberitahu AFP, Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin kini berada di Switzerland untuk Forum Ekonomi Dunia.

Katanya, Perdana Menteri sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu.

“Anggaran 20 kematian, bagaimanapun, kami tidak dapat mengesahkan angka kematian rasmi,” kata pegawai polis itu, yang bertanggungjawab di bahagian bawah Thailand.

Beliau berkata bahawa pegawai polis sedang menutup kawasan sekitar dan akan mula mengenal pasti mayat apabila keadaan stabil, tanpa menjelaskan butiran lanjut.



“Secara purata terdapat kira-kira 20 hingga 30 orang bekerja di kilang ini setiap hari,” katanya.

Dalam satu kenyataan rasmi yang disiarkan dalam talian, Perdana Menteri Thailand menyatakan kesedihannya terhadap keluarga mereka yang terbunuh.

Srettha juga mengarahkan siasatan sama ada bengkel itu beroperasi secara haram, serta punca kejadian.

Letupan di bengkel menghasilkan mercun dan piroteknik lain bukan perkara luar biasa di Thailand.



Sekurang-kurangnya 10 orang maut selepas letupan di sebuah gudang bunga api di bandar Sungai Kolok di selatan wilayah Narathiwat tahun lalu.

Letupan itu dipercayai berpunca daripada kimpalan semasa kerja pembinaan bangunan itu, dan polis kemudian mencari pemiliknya atas tuduhan cuai.

Tahun lalu 11 orang turut cedera apabila sebuah kilang bunga api meletup di bandar utara Chiang Mai. -AFP

Sumber – Utusan Malaysia




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading