Nurul Izzah jumpa Nujum ‘Pak Belalang’?

Siapa tidak kenal sosok tubuh bernama Nurul Izzah Anwar? 

Mungkinkah Nurul Izzah telah bertemu ‘Nujum Pak Belalang’ berikutan keengganan untuk bertanding sebarang jawatan dalam pemilihan PKR?



Anak kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim juga merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh dan dua penggal di Lembah Pantai.

Secara tiba-tiba beliau mengaku mengenai kesukaran yang akan dihadapi Pakatan Harapan menjelang PRU15.

Kenyataan Izzah berdasarkan sambutan terhadap PKR dalam 2 PRN yang menyaksikan kekalahan teruk calon PKR dan penolakan rakyat terhadap Pakatan Harapan itu sendiri.

KEGAGALAN MANIFESTO PAKATAN HARAPAN ANTARA PUNCA KONFLIK PH



Realiti politik bila berbicara tentang Pakatan Harapan, selepas menjanjikan pelbagai manifesto, kegagalan melaksanakan janji adalah kesilapan utama PH.

Ditambah pula dengan konflik dalaman yang sentiasa menggoncang kestabilan PH.

Pelbagai ‘kebodohan’ pemimpin PH mengeluarkan kenyataan, percanggahan pendapat sesama sendiri dan pelbagai birokrasi dalam melaksanakan dasar baru PH.

Ada juga suara-suara menyatakan Nurul Izzah sebenarnya sudah ‘hilang keyakinan’ selepas Anwar gagal dinobatkan sebagai Perdana Menteri seperti dijanjikan sebelum menyetujui penggunaan lambang PKR dalam PRU14.



Walaupun kelihatan mereka (PKR) menerima Mahathir diangkat sebagai Perdana Menteri Ke-7, jauh dalam hati pastinya terdetik mengapa bukan Wan Azizah selaku Presiden PKR dinaikkan. PKR ketika itu menguasai 47 kerusi parlimen namun hanya diberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Pastinya Izzah sudah serik bekerjasama dengan bekas sekutu PH iaitu PPBM ekoran ‘Langkah Sheraton’ menyaksikan 9 Ahli Parlimen PKR menyeberang dan meninggalkan parti demi jawatan dan kuasa.

 



 

Untuk bersama sekali dengan parti yang diterajui Mahathir, Izzah perlu berfikir 3 kali. Dua kali mereka (PKR) jatuh dalam lubang yang sama cukup mengajar kelicikan Mahathir berpolitik.

Nurul Izzah menjadi perhatian politik negara apabila secara tiba-tiba meletakkan jawatan Naib Presiden PKR pada Disember 2018. Pada PRU15 tidak dapat dipastikan samada beliau akan mempertahankan kerusi Permatang Pauh atau tidak.



Ulangtahun Reformasi, kekejaman Mahathir dikenang

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button