eMFL kembali meriahkan kalendar bola sepak negara

Kuala Lumpur: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan kejohanan liga bola sepak elektronik, eMFL kembali membuka tirai buat tahun ketiga berturut-turut sejak diperkenalkan pada 2020.

Tahun ini, eMFL yang menjalin kerjasama dengan Gamesbond International, bakal menawarkan hadiah keseluruhan RM50,000.

Dua peringkat pertandingan diadakan iaitu format liga dan kalah mati apabila format pemilihan pemain baharu, pasukan akan diberikan hak untuk memilih pemain melalui pemilihan terus atau melalui pusingan kelayakan.



Kejohanan kali ini menggunakan mod FIFA Ultimate Team dan format duo diadakan yang menyaksikan setiap pasukan akan menghantar dua pemain.

Satu slot pemain dari pasukan pemenang bakal layak bertanding di FGS Global Series Playoff dan kejohanan ini menyaksikan MFL menjadi satu-satunya memiliki liga elektronik di Asia Tenggara.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata, beliau optimis eMFL bukan sahaja menjadi medan mencungkil bakat baharu dalam sukan elektronik, malah mampu menjadi platform komersial cukup ideal.

Katanya, pelaksanaan eMFL buat kali ketiga berturut-turut itu membuktikan potensi kejohanan liga bola sepak elektronik itu.



“Saya berbangga kerana kejohanan eMFL kembali membuka tirai bagi mewarnai kancah sukan elektronik tempatan tidak lama lagi.

“Saya percaya eMFL bakal menjadi satu produk cukup baik daripada aspek kualiti serta komersial apabila semua tahu eMFL kini sedang mengecapi salah satu proses terbaik dalam sejarah sukan bola sepak elektronik.

“Buktinya adalah penganjuran eMFL buat tahun ketiga berturut-berturut dan ini petanda jelas mengapa eMFL terus berupaya menarik minat orang ramai khususnya pencinta sukan bola sepak elektronik yang amat ternanti-nantikan kejohanan ini,” katanya.

Penyokong boleh menikmati siaran langsung pemain profesional eMFL yang dijangka bakal beraksi menggunakan konsol PS5 dan platform FIFA 22 di laman Facebook rasmi eMFL, MFL dan Gamesbond.



METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading