Pulai, Johor paling banyak kediaman kosong

Oleh – Syeikh Baran


Pulai, Johor paling banyak kediaman kosong
Gambar Hiasan

Mukim Pulai, Johor merekodkan bilangan tempat kediaman kosong tertinggi iaitu sebanyak 50,000.

Data tersebut dikongsikan Jabatan Perangkaan (DOSM) menerusi Banci Malaysia 2020: Mukim, Bandar dan Pekan yang diterbitkan hari ini.



Mengulas lanjut, Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, bilangan tempat kediaman bagi kawasan mukim berjumlah 5.6 juta, manakala bandar mencatatkan 1.9 juta.

“Bagi kawasan pekan mencatatkan 0.6 juta tempat kediaman pada tahun 2020.

“Mukim Hulu Kinta, Perak merekodkan bilangan tempat kediaman tertinggi bagi kawasan mukim dengan jumlah 0.2 juta, manakala bagi kawasan badar, Bandar Ampang, Selangor merekodkan bilangan tempat kediaman tertinggi 0.1 juta.

“Pekan Baru Sungai Buloh, Selangor mencatatkan bilangan tempat kediaman tertinggi bagi kawasan pekan dengan rekod 0.04 juta,” jelasnya dalam satu kenyataan.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button