Mahukan Kelainan Ketika Lakukan Seks, Lelaki Cekik Kekasih Sampai Mati

Hanya kerana mahukan kelainan ketika melakukan hubungan intim, seorang lelaki, Jaaron Thomas, 27, sanggup mencekik teman wanitanya sehingga mati.

Cekik masa buat hubungan seks

Memetik laporan New York Post, pasangan dari Texas, Amerika Syarikat itu cuba melakukan aktivitu erotic asphyxiation iaitu perbuatan seks yang memotong bekalan udara ke otak dengan sengaja melalui teknik mencekik untuk meningkatkan rangsangan seksual.

Namun siapa sangka, selepas melakukan teknik tersebut, mangsa yang dikenali sebagai DeJe Garett-Hillard berusia 24 tahun tiba-tiba tidak sedarkan diri. Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.



Susulan daripada kematian tersebut, Jaaron Thomas telah ditahan dan didakwa atas kesalahan membunuh namun dilepaskan dengan ikat jamin sebanyak AS$40,000 (RM176,500).

Thomas juga dihalang daripada menghubungi keluarga mangsa, memiliki senjata api atau mengambil dadah dan alkohol. Perbicaraan seterusnya ditetapkan pada 17 Mei 2023.

Sumber: New York Post




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading