Zul Ariffin hadiahkan Gayatri kereta mewah

Kuala Lumpur : “Tiada kata yang dapat mengungkapkan perasaan ketika ini. Ini hanya berlaku sekali seumur hidup.

“Saya sama sekali tidak menduga akan menerima hadiah ‘sweet’ dan hebat sebegini”.

Demikian luahan penghargaan yang dibuat oleh penerbit popular, Gayatri Su-Lin kepada pelakon kacak Zul Ariffin dengan hadiah kereta mewah sempena ulang tahunnya.



Penerbit filem berusia 46 tahun itu memuat naik video penghargaan dalam bentuk video yang dikongsikan di Tik Tok.

Gayatri dalam keterujaan tidak menyangka dengan hadiah kereta mewah yang diberikan oleh sahabat baiknya itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan industri dan warganet membanjiri komen dengan ucapan tahniah dan emoji berbentuk hati.

Menerusi video tersebut, berkemungkinan Zul Ariffin menghadiahkan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Range Rover.



Sebelum ini, Zul Ariffin dan Gayatri dilaporkan pernah bercinta sejak 2012, namun hubungan mereka berakhir selepas tiga tahun.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button