Pelantun lagu patriotik “Perajurit Tanah Air”,Jamaludin Alias meninggal dunia

PETALING JAYA: Pelantun lagu patriotik “Perajurit Tanah Air”, Jamaludin Alias, 85, yang juga bekas pengulas sukan terkenal Radio Televisyen Malaysia (RTM) meninggal dunia sebentar tadi.

“Semboyan telah berbunyi, menuju medan bakti….”

Semacam ada kesan luar biasa atau meremang bulu roma bagi sesiapa yang mendengar suara ‘sedap’ lagu patriotik dendangan Jamaludin Alias ini apatah lagi apabila menghayati setiap bait dan seni katanya.

Lagu ciptaan Allahyarham Saifoel Bahari Elyas ini biasanya dimainkan menjelang Hari Kebangsaan dan apabila atlet negara bertanding dalam kejohanan atau temasya sukan antarabangsa.

Lagu ini kembali diputarkan dan mendapat perhatian ramai selepas siaran berita jam 8 malam, Nasional 1 TV1 semenjak penularan pandemik maut, Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 18 Mac lalu.

Cukup cocok sebagai sumber inspirasi, motivasi dan penghargaan kepada barisan depan seperti doktor dan jururawat hospital yang bertungkus lumus membendung Covid-19 malah para anggota pasukan keselamatan negara dan yang berkaitan dalam menguatkuasakan PKP.

Pelantun ‘Perajurit Tanah Air’ ialah Jamaludin Alias, 83, yang juga bekas pengulas sukan terkenal Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Lagu yang lebih popular dipanggil ‘Barisan Kita’ ini kerap dinyanyikan para penyokong pasukan negara di stadium terutama dalam perlawanan penting bola sepak, badminton dan hoki.

Difahamkan, jenazah akan dibawa ke Masjid Tabung Haji, Kelana Jaya untuk solat jenazah selepas solat Jumaat.

“Solat jenazah akan diadakan di Masjid Tabung Haji, Kelana Jaya selepas solat Jumaat,” menurut mesej yang dikongsikan ahli Persatuan Veteran RTM.

Sebagai pengulas sukan radio dan TV, Jamaludin pernah bertugas ketika Sukan SEA Jakarta 1979 hingga Manila 1991, Sukan Asia Jakarta 1962 dan New Delhi 1982 serta Sukan Olimpik Barcelona 1992.

Selain itu, beliau pernah membuat liputan secara langsung Piala Asia 1980 di Kuwait dan Hoki Piala Dunia di Bombay pada 1982.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button