Giant kurangkan harga barang

Giant kurangkan harga barang

Giant kurangkan harga barang
Kakitangan Giant sedia menanti kunjungan pelanggan.

Kuala Lumpur: Sempena sambutan ulang tahun ke-79, Giant Malaysia memperuntukkan sebanyak RM79 juta untuk mengurangkan harga sebagai penghargaan kepada pelanggan dan masyarakat yang memberi sokongan sepanjang tahun ini.

Ia berjaya direalisasikan berkat sokongan daripada rakan perniagaan dan pembekal.

Ketua Pegawai Eksekutif GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, Tiger Cheah berkata, sambutan berkenaan bbermula dengan tawaran Giant Murah Giler pada 21 Ogos di semua stor Giant di seluruh negara, termasuk di TMC Bangsar dan TMC Mesra Mall, dengan menyajikan tawaran istimewa setiap minggu dari produk segar hingga barangan runcit.



“Pelanggan hanya perlu melayari semua maklumat terkini di laman Facebook dan Instagram Giant untuk mengetahui produk-produk yang akan ditawarkan dalam promosi Giant “Murah Giler” pada hari atau minggu tertentu sepanjang bulan Kemerdekaan dan seterusnya.

“Tawaran Giant “Murah Giler” menyokong Program Payung Rahmah yang telah dirasmikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang membolehkan pelanggan mendapatkan barang keperluan harian pada harga berpatutan sambil menikmati penjimatan hebat ditawarkan pelbagai perniagaan tempatan,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, pihaknya juga akan bekerjasama dengan perusahaan kecil dan sederhana (PKS)

Malaysia untuk mempromosikan produk mereka di stor Giant dan TMC.



“Kami berasa bangga kerana dapat bekerjasama dengan KPDN untuk menyediakan saluran jualan kepada PKS tempatan bagi menawarkan produk mereka serta menyokong perkembangan pangkalan pelanggan mereka,” katanya.

Giant kurangkan harga barang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa Zahid Kembali Menjadi Sasaran Selepas PRN



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading