Mak Wan tak nak aibkan sesiapa

Kuala Lumpur: “Apa yang berlaku, Allah saja tahu.”

Demikian kata pelakon Mak Wan atau nama sebenarnya Halimatussa’diah Mohd Daud, 61, susulan dakwaan dia tidak mempunyai personaliti dan akhlak yang baik hingga diceraikan talak satu oleh suaminya, Husain Dolah, 74, di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan, kelmarin, selepas hanya tiga bulan berkahwin.

Mak Wan berkata, dia enggan mengulas lanjut apa yang berlaku.



“Saya nak tak aibkan sesiapa. Biarlah Allah saja yang menentukan dosa pahala seseorang. Sebab kita ni berdosa besar buka aib orang, tambah pula bulan Ramadan ini,” katanya.

Perkara itu dikongsi menerusi hantaran video di aplikasi TikTok menggunakan akaun @_makwanlatah yang menjawab pertanyaan warganet berhubung perkara berlaku.

Selain dakwaan itu, sikap Mak Wan juga disifatkan keterlaluan sehingga

tidak menghormati Husain sebagai suami hingga berada dalam tekanan.



Terdahulu, menerusi laporan media Mak Wan diceraikan selepas tiga bulan berkahwin.

Pihak Husain memfailkan permohonan perceraian pada 24 Mac lalu dan diserahkan kepada Mak Wan pada 5 April.

Mak Wan Latah berkahwin dengan Husain pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button