Ten Hag perlu lakukan rombakan besar-besaran

London: Pengurus sementara Manchester United, Ralf Rangnick berkata penggantinya Erik ten Hag perlu melakukan perubahan besar-besaran ke atas gergasi Inggeris itu jika ingin melihat United kembali ke zaman kegemilangan mereka.

United dibelasah Liverpool 0-4 pada pertengahan minggu lalu, kekalahan yang menyebabkan mereka jatuh ke kedudukan keenam liga, 23 mata di belakang pendahulu Manchester City.

Mereka juga kini bergelut untuk layak ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.



“Satu daripada beberapa perkara yang baik adalah jelas adalah anda tidak memerlukan cermin mata untuk menganalisa dan melihat di mana masalahnya,” kata Rangnick, 63.

“Jadi sekarang ini adalah hanya mengenai cara kita menyelesaikannya? Bagi saya jelas, bahawa tidak mencukupi untuk melakukan sedikit perubahan terhadap beberapa isu kecil di sana sini.

“Tidak, dalam bidang perubatan anda melihat ia perlu melakukan segera pembedahan jantung kerana terdapat banyak perkara yang perlu diubah berbanding beberapa perkara kecil di sini dan beberapa perkara kecil di sana dan itu adalah yang terbaik.

Pengurus Ajax Ten Hag akan berdepan tugas besar musim depan untuk memulihkan United selepas mereka menamatkan kempen tanpa trofi buat tahun kelima berturut-turut.



Pengendali dari Belanda berusia 52 tahun itu menjadi pengurus kelima di Old Trafford sejak persaraan Alex Ferguson pada 2013 menyaksikan prestasi juara 20 kali Liga Inggeris itu merosot.

Ten Hag di landasan tepat untuk memenangi kejuaraan liga ketiganya bersama Ajax dan membawa kelab Belanda itu ke separuh akhir Liga Juara-Juara pada 2019 buat kali pertama dalam tempoh 22 tahun.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button