10 pangkalan persendirian dipantau

Tumpat: Lebih 10 pangkalan persendirian di sepanjang Sungai Golok di sekitar Pengkalan Kubor, di sini dikenal pasti aktif sebagai lokasi penyeludupan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Tan Seng Lee berkata, walaupun modus operandi penyeludup sering bertukar, pihak berkuasa sentiasa dapat ‘menghidu’ pergerakan aktiviti itu terutama menjelang musim perayaan.

“Tidak dinafikan kegiatan penyeludupan dijalankan tanpa mengira masa namun sepanjang bulan Ramadan, ia kerap dilakukan pada waktu berbuka puasa dan sahur kerana menyangkakan pihak berkuasa tidak melakukan penugasan ketika itu.



“Selain rondaan, penugasan juga membabitkan sekatan jalan raya dan pemeriksaan secara snap check terutama jika terserempak dengan kenderaan yang.

Tan berkata, rondaan yang lebih kerap juga dijalankan di beberapa kampung di Pengkalan Kubor yang dikenal pasti menjadi laluan utama penyeludup untuk ke Sungai Golok.

Beliau berkata, bagaimanapun, untuk sepanjang Ramadan ini, hanya tiga rampasan berkaitan mercun sahaja dibuat dan membabitkan nilai RM30,000.

“Kawalan yang sentiasa dipergiatkan di sepanjang sempadan menyebabkan aktiviti penyeludupan berjaya dipatahkan selain bantuan daripada pelbagai agensi penguatkuasaan lain,” katanya.



Terdahulu beliau membuat tinjauan di Bazar Ramadan Pasar Wakaf Bharu mengenai pengoperasian dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) orang ramai.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button