Penghantar makanan raba payudara wanita didenda

Georgetown: Seorang penghantar makanan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dakwaan mencabul kehormatan seorang wanita pada 20 April lalu.

Muhammad Falihin Abdul Talib, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa terhadapnya di hadapan Majistret Nur Melati Diana Abdul Wahab.

Mengikut kertas pertuduhan, kira-kira jam 12.30 tengah hari pengadu menunggang motosikal berhampiran lampu isyarat Jalan Bukit Gambir arah Sungai Nibong sebelum tertuduh yang turut menunggang motosikal dengan berpakaian kerja datang dari arah belakang menuju ke sebelah kanan sebelum menghimpit kenderaan yang dinaiki mangsa.



Tertuduh didakwa melakukan kekerasan jenayah dengan cara meraba payudara dengan niat untuk mencabul kehormatan wanita warga Indonesia itu.

Susulan laporan polis dibuat mangsa, tertuduh berjaya memberkas di tepi Lorong Singgora di sini, Ahad lalu.

Muhammad Salihin didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nazri Abdul Rahim manakala tertuduh diwakili peguam S Bommy.



Peguam tertuduh merayu hukuman diringankan memandangkan anak guamnya mempunyai seorang anak berusia setahun dan pencari nafkah tunggal selain isterinya sedang hamil lima bulan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan hukuman denda RM4,000 atau penjara tiga bulan terhadap tertuduh sekiranya gagal membayar denda berkenaan. Difahamkan, tertuduh membayar denda.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button