Mencilok sebab nak tarik kereta

Seremban: Satu rakaman tular memaparkan dua kenderaan beraksi umpama aksi dalam filem apabila berkejaran dan ‘mencilok’ kenderaan lain di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) antara Kilometer (KM) 269 hingga KM 238 arah selatan, 1 Mei lalu.

Bagaimanapun, tindakan berani mereka hanya sia-sia apabila kedua-duanya kini ditahan polis selepas tampil menyerah diri di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Seremban.



Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pihaknya mengesan satu rakaman tular pada 8 malam 1 Mei lalu memaparkan kejadian kereta Audi A4 dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Wish yang dipandu secara melulu dan berbahaya.

“Siasatan awal mendapati kejadian tular itu berlaku pada hari yang sama anggaran waktu sekitar tengah hari. Ia dirakam pengguna jalan raya lain.

“Kedua-dua kenderaan itu dipandu secara melulu dan berbahaya dengan aksi mengubah haluan secara tiba-tiba (zig-zag) dan memotong di lorong kecemasan,” katanya kepada media hari ini.



METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading