Haram Ambil Duit Raya Anak, Wajib Ganti Semula

Sudah menjadi tradisi setiap kali Hari Raya Aidilfitri tiba pasti kita akan berkongsi rezeki bersama-sama termasuklah memberi duit raya kepada sanak saudara, keluarga terdekat dan sahabat handai.

Bagi ibu bapa yang menerima duit raya untuk anak-anak, mereka diingatkan supaya tidak sewenang-wenangnya menggunakan duit raya mereka.

HARAM AMBIL DUIT RAYA ANAK, WAJIB GANTI SEMULA

Perkara ini diulas dengan lebih lanjut oleh penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus. Beliau memaklumkan hukum menggunakan duit raya anak adalah sama seperti menggunakan duit orang lain dan konsepnya seperti berhutang.



“Patutnya anak-anak dapat duit raya, ibu bapa simpankan, bukan guna. Ini bapa cukai jalan motor mati, ambil guna duit anak dan minta halal, mana boleh, anak tak baligh lagi, tak ada hak nak izinkan,” jelasnya.

Tambahnya lagi, sekiranya ibu bapa telah menggunakan duit anak-anak mereka, adalah wajib untuk menggantkikan semula kerana itu merupakan perkara wajib dan haram jika tidak digantikan.

 

 



@rahmanrazali Haram ambil duit raya anak2..kalau ada ambil..cepat2 lah ganti ye.. #duitraya #ustazazharidrus #rancakraya ♬ Emotional Islamic Music – Arslan Chaudhry

 

“Dah guna wajib ganti, kalau tak ganti haram, dosa,” ujarnya.

Sumber: TikTok Rahman Razali



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button