Banjir kilat di Pulau Pinang

GEORGETOWN: Hujan lebat melanda Pulau Pinang sejak jam 5 pagi tadi menyebabkan beberapa laluan utama di negeri ini ditakungi air.

Keadaan uitu turut menyebabkan berlakunya kesesakan di laluan yang terjejas.

Di media sosial, orang ramai turut berkongsi mengenai situasi banjir kilat di beberapa laluan dan sekitar kawasan perumahan, antaranya di Bayan Baru dan Sungai Ara di Bayan Lepas.



Dalam pada itu, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengesahkan keadaan lalu lintas terkini di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu masih bergerak perlahan akibat air yang bertakung sehingga pertengahan jalan berhadapan projek pembinaan bersebelahan Mutiara Height.

“Kami memohon pengguna laluan tersebut bersabar kerana Unit Warden Trafik MBPP sedang membuat kawalan aliran trafik bagi melancarkan perjalanan dan sila gunakan laluan alternatif sekiranya ingin menuju ke pusat bandar,” katanya melalui Facebook, hari ini.

Dalam kenyataan sama, MBPP juga memaklumkan petugas Jabatan Kejuruteraannya sedang melakukan kerja mengorek laluan air di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu bagi mengatasi masalah itu.

Sebarang aduan mengenai pokok tumbang, air bertakung dan sebagainya boleh menghubungi MBPP di talian 04-263 7000 atau menerusi aplikasi WhatsApp di talian 016-200 4082.



BHOnline

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button