Prestasi Leao tambah minat Chelsea

MILAN: Ketika AC Milan bersedia untuk sepak mula kemenangan 3-1 di Empoli pada Sabtu, seorang penyokong menceroboh padang untuk mencari Rafael Leao, bintang baharu yang akan mengetuai Rossoneri berdepan Chelsea awal pagi Khamis ini.

Penyokong itu mahu ‘berselfie’ dengan pemain sayap Portugal yang menjadi pilihan selepas cara dia bermain ketika Milan menang Serie A, seterusnya disamakan dengan ikon buat kelab itu ketika bergelar juara Eropah sebanyak tujuh kali.

Selepas mencatatkan dua angka untuk gol dan bantuan, pemain berusia 23 tahun itu memulakan kempen dengan prestasi lebih bagus, meledak empat gol dan membantu untuk enam lagi dalam semua kejohanan.



Kekalahan tunggal Milan pada musim ini hanya ketika Leao tidak bermain, berdepan pendahulu Serie A, Napoli.

Ketika skuad kendalian Stefano Pioli berdepan kecederaan dengan pemain Perancis, Theo Hernandez dan Mike Maignan antara yang masih mendapatkan rawatan — prestasi Leao membolehkan mereka ke London dengan semangat tinggi.

Kemenangan menakjubkan Sabtu lalu adalah contoh sempurna menunjukkan semangat tidak pernah mengalah Milan selain bakat hebat bintang mereka yang membantu semua tiga gol Rossoneri.

Leao akan menjadi pemain utama di Stamford Bridge ketika Milan cuba mengekalkan tempat teratas Kumpulan E Liga Juara-Juara ketika mereka memiliki kelebihan satu mata berbanding Dinamo Zagreb seterusnya mencerahkan peluang layak ke pusingan kalah mati pertama kali sejak musim 2013-14.



Persembahan baik pastinya menambah minat Blues terhadap Leao selepas mereka membuat tawaran tidak rasmi kepada Milan pada penutup musim.

Legenda kelab yang juga pengarah teknikal, Paolo Maldini mengesahkan bulan lalu bahawa Milan menolak tawaran Chelsea tetapi menambah bahawa “Tiada guna menjadi romantik… Apabila tawaran sebegitu dibuat, tiada siapa tidak boleh dijual.”

Milan cuba membuatkan Leao menyambung kontrak sedia ada yang akan berakhir pada 2024, dan akhbar harian Itali, Corriere Della Sera melaporkan mereka menawarkan 6-7 juta euro setahun dalam usaha menolak minat ditunjukkan kelab Liga Perdana Inggeris.

Mereka berharap perjanjian akan dapat ditandatangani sebelum Piala Dunia apabila Leao berpeluang untuk menyinar di pentas terbesar dunia itu.



AFP


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading