50 peratus anggota tentera, pasangan selesai mengundi

Oleh – Syeikh Baran


50 peratus anggota tentera, pasangan selesai mengundi
Gambar Hiasan

 Kira-kira 50 peratus daripada 155 anggota tentera termasuk pasangan selesai menunaikan tanggungjawab mengundi awal sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, setakat pukul 9.30 pagi ini.

Peratusan itu dimaklumkan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melibatkan pusat mengundi awal di Rejimen Semboyan Divisyen Keempat Infantri, Kem Erskine, Kuala Kubu Baharu.



Dalam tinjauan Kosmo! di sini, proses undi awal yang berlangsung bermula pukul 8 pagi tadi berjalan dalam suasana harmoni.

Sementara itu, calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao dan calon Perikatan Nasional (PN) Khairul Azhari Saut dilihat turut hadir di sini sekitar pukul 9.40 pagi bagi meninjau proses pengundian awal.

Untuk rekod, jumlah keseluruhan anggota tentera dan pasangan yang mengundi adalah seramai 238 orang melibatkan 155 undi awal manakala 83 undi pos.

PRK Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertembungan empat penjuru melibatkan Sock Tao, Khairul Azhari serta calon Parti Rakyat Malaysia, Hafizah Zainudin dan calon Bebas, Nyau Ke Xin.



Sebelum ini, SPR menetapkan hari mengundi PRK DUN itu pada 11 Mei ini melibatkan 40,226 pengundi berdaftar.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button