Puteri Sarah – Kita Dah Move On Lah

Tak Akan Terjadi

Puteri Sarah – Kita Dah Move On Lah

Puteri Sarah - Kita Dah Move On Lah
Puteri Sarah – Kita Dah Move On Lah

Pelakon dan usahawan, Puteri Sarah tampil bersuara selepas berita palsu mengenai diri semakin menjadi-jadi tersebar di media sosial.

Puteri Sarah menerusi Insta Stories, akui rasa kesal dengan berita-berita palsu dalam blog di Facebook yang mendakwa dia merujuk semula dengan bekas suaminya, Syamsul Yusof.

“Seriously, makin menjadi-jadi lah tajuk FB, Makin benci dengan blog-blog dalam Facebook.



Mula-mula kata rujuk balik, lepas tu mengarut kata rujuk balik demi anak-anak. Aku tak pahamlah.”-kesal Puteri Sarah

“Tidak Akan Terjadi!! Kita Dah Move On Lah!!”

Tegas Sarah, dia sudahpun ‘move on’ selepas sah bercerai pada Jun lalu selepas ramai yang bertanyakan kepadanya menerusi DM (Direct Message) sama ada dirinya merujuk semula atau menjadi isteri kedua.

“Aku makin berseri sejak pakai lumier. Ramai DM tanya betul ke? Rujuk balik ke? Jadi bini no 2 ke? Ehhh berita palsu.

Tidak akan terjadi!!! Kita dah move on lah!!!.”-tegas Puteri Sarah di Insta Stories



Puteri Sarah - Kita Dah Move On Lah

Sekadar info, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah terkenal, Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, dan Sumayyah.

Namun, perkahwinan yang dibina tidak berpanjangan apabila mereka sah bercerai pada Jun 2023 di Mahkamah Rendah Syariah, di sini.

Malah. pada 5 Januari 2023, Syamsul membuat pengakuan bahawa dia sudah mendirikan rumah tangga bersama anak pelakon, Kazar iaitu Ira Kazar atau nama penuhnya Faghirah Kazaruddin di Thailand.



Puteri Sarah – Kita Dah Move On Lah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Demi RM, Harga Diri Di Tolak Tepi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button