Tiada Lagi Makcik Saadiah Di IPD Gerik

 

Balu anggota polis, Saadiah Abdullah yang mengayuh basikal hampir setiap hari selama 37 tahun, untuk menghantar makanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik meninggal dunia di Hospital Gerik, semalam.

Menjadi rutin bagi Saadiah, 84, menghantar makanan ke IPD Gerik sebagai mengenang arwah suaminya, Alias Nik Daud yang meninggal dunia pada 1975 dalam serangan hendap pengganas komunis sewaktu bertugas sebagai jurupandu bot di balai itu.

 





Saadiah yang mesra dipanggil Mak Cik Saadiah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gerik jam 12.40 tengah hari semalam selepas beberapa hari dimasukkan ke wad akibat sakit tua.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang, Kuala Kenderong, Gerik jam 5.30 petang semalam.



Seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Mak Cik Saadiah. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmatNya dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

bh


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading