Reman pemandu bas ekspres cabul penumpang disambung

MARANG: Reman pemandu bas ekspres yang dikatakan mencabul seorang penumpang wanita dalam bas di Ajil, Hulu Terengganu pada Ahad lalu disambung satu hari lagi hingga esok.

Majistret, Engku Nurul Ain Engku Muda membenarkan permohonan polis untuk sambung reman suspek berusia 27 tahun bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Sebelum ini, suspek direman selama empat hari bermula 9 Mei lalu namun polis memohon lanjutan reman bagi melengkapkan kertas siasatan selepas tempoh reman berakhir hari ini.



Suspek yang juga pemandu kedua bas berkenaan sebelum ini ditahan sejurus bas yang dalam perjalanan dari Kelantan tiba di Terminal Melaka Sentral jam 10.30 pagi Ahad lalu.

Penahanan suspek dibuat susulan laporan polis dibuat mangsa yang berusia 21 tahun itu yang mendakwa diraba suspek ketika bas berhenti rehat di Ajil, Hulu Terengganu kira-kira jam 4 pagi.

Terdahulu, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Marang bagi mendapatkan perintah lanjutan reman.

Media sebelum ini melaporkan polis menahan seorang lelaki yang juga pemandu kedua sebuah bas ekspres disyaki mencabul seorang penumpang wanita dalam bas berkenaan di Ajil, Hulu Terengganu




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading