Resepi Rendang ayam hijau
RENDANG AYAM HIJAU
Bahan-Bahan
1 ekor ayam, dipotong 12 bahagian
250 ml santan
2 sudu besar kerisik
Garam dan gula secukup rasa
2 keping asam gelugor
2 helai daun kunyit- buang urat dan hiris halus-Yatie tambah
1/2 cwn minyak utk menumis
sedikit air jika perlu
Bahan Kisar
4 batang serai-hiris halus
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
30 biji cili padi hijau
4 tangkai cili hijau-Yatie tambah
10 biji bawang merah
1 labu bawang besar-Yatie tambah
5 ulas bawang putih
Cara Memasaknya
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 kisar hingga garing.
Kemudian masukkan ayam dan kacau hingga rata.
Selepas itu masukkan santan, kerisik,asam gelugor,gula dan garam secukup rasa.
Kacau lagi di atas api yang perlahan dan masaklah hingga pekat.
Masukkan daun kunyit.
Bila cukup kering, bolehlah diangkat.
Sedia untuk dihidangkan.
RESEPI LAIN –