Anggota PERHILITAN meninggal atas gunung, disyaki keracunan makanan

Anggota PERHILITAN meninggal atas gunung, disyaki keracunan makanan

Anggota PERHILITAN meninggal atas gunung, disyaki keracunan makanan
Allahyarham Muhammad Nazli Ajis.

DUNGUN: Seorang anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) meninggal dunia ketika bertugas di Gunung Gelemat Pasir Raja, dekat sini, petang tadi.

Muhammad Nazli Ajis, 36, yang berasal dari Jalan Jamaluang, Mersing, Johor disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan kira-kira jam 6.35 petang.

Ketua Zon 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Penguasa Kanan Bomba II Azman Alias, berkata seorang rakan setugas arwah sebelum itu membuat aduan di Balai Bomba Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS).



Katanya, aduan itu mengenai seorang rakan setugasnya yang berada di gunung terbabit mengalami keracunan makanan dan berada dalam keadaan kritikal, kira-kira jam 2.30 petang.

Menurutnya, anggota terbabit dikatakan bersama 12 lagi rakan setugas sedang mengadakan kerja-kerja pensempadanan Taman Negara.

– Foto FB Korporat JBPM
Anggota PERHILITAN meninggal atas gunung, disyaki keracunan makanan
– Foto FB Korporat JBPM

“Untuk sampai ke lokasi kejadian mengambil masa dua hingga tiga hari, jadi kami mengambil keputusan meminta bantuan helikopter. Sebuah helikopter dari Unit Udara Bomba Subang melakukan penerbangan ke lokasi kejadian kira-kira jam 4 petang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah, berkata kesemua 13 anggota PERHILITAN itu bertugas di kawasan gunung terbabit sejak 9 Mac.



Menurutnya, helikopter bomba tiba di Bandar AMBS kira-kira jam 5.48 petang sebelum bersama seorang pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan AMBS berlepas ke kawasan gunung terbabit.

“Kakitangan PERHILITAN itu disahkan telah meninggal sebelum jenazah dibawa pulang dengan helikopter terbabit ke AMBS. Jenazah kemudiannya dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut,” katanya.

Jenazah Muhammad Nazli yang meninggal dunia ketika bertugas di Gunung Gelemat Pasir Raja, Dungun, dibawa ke Hospital Dungun. – NSTP/Rosli Ilham

Kes keracunan makanan meningkat Ramadan lalu



Anggota PERHILITAN meninggal atas gunung, disyaki keracunan makanan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :



DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading