Lepas 2 Kali Jadi PM, Baru Sekarang Mahathir Sedar Sekolah Vernakular Wujud

Lepas 2 Kali Jadi PM, Baru Sekarang Mahathir Sedar Sekolah Vernakular Wujud

Lepas 2 Kali Jadi PM, Baru Sekarang Mahathir Sedar Sekolah Vernakular Wujud

Ketika sesi soaljawab dalam program Majlis Ilmu Peradaban dan Sosiologi, Dr Mahathir secara tiba-tiba berkata cara terbaik merapatkan jurang perkauman adalah dengan menutup sekolah vernakular.

Dr. Mahathir menegaskan bahawa kaum pendatang meraih kerakyatan secara automatik selepas merdeka.

Amat wajar menerima fakta Malaysia ialah negara Melayu.



“Kalau kita berniat mahu jadi satu negara tanpa beza kaum, mereka kena akui ini memang negara Melayu”.

“Malah nama asalnya pun memang Tanah Melayu,” jelas Dr Mahathir.

Beliau kesal apabila ada kaum tertentu enggan anak mereka belajar di Sekolah Kebangsaan.

Ini adalah kerana mereka beranggapan sistem pendidikan di situ seperti imej sekolah agama.



“Etnik pendatang itu tidak hendak bercampur gaul dengan murid Melayu”.

“Mereka ingin mengekalkan adat budaya termasuk bahasa ibunda mereka seperti situasi negara asal”.

“Saya hairan senario sedemikian tidak pula berlaku di negara-negara jiran”.

“Bahkan kaum bukan pribumi sanggup berasimilasi menukar nama sendiri kepada berunsur tempatan,” jelas Dr Mahathir.



Mahathir Politikus Desperado

Bagi penulis, kenyataan Dr Mahathir itu tidak lebih dari retorik politik untuk dilihat sebagai pejuang bangsa Melayu.

Apakah selepas 2 kali menjadi perdana menteri selama 22 tahun dan 22 bulan, baru sekarang Dr Mahathir sedar sekolah vernakular wujud di negara ini?

Di era Allahyarham Tun Abdul Razak, Dr Mahathir pernah memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan dari 5 September 1974 hingga 31 Disember 1977.

Ketika menjadi perdana menteri kali kedua, sekali lagi Dr Mahathir memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan.



Jawatan itu beliau sandang dari 3 Januari 2020 hingga 24 Februari 2020.

Persoalannya, apakah yang beliau lakukan ketika itu?

Lebih menarik lagi, kenyataan Dr Mahathir itu ternyata bertentangan dengan kenyataan beliau sendiri pada tahun lepas.

Ketika Persidangan Meja Bulat: Penjenamaan Semula Naratif Politik Melayu beliau mendakwa idea sekolah vernakular ditutup tidak wajar diberi keutamaan.



Ketika itu beliau menyifatkan desakan segelintir pihak mahu penutupan aliran tersebut hanya lebih bermotifkan politik.

Memandangkan daya ingatan beliau yang sudah lemah, rasanya adalah lebih baik Dr Mahathir tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan.

Beliau perlu segera sedar, masa beliau sudah berlalu.

Biarkan urusan pentadbiran negara diuruskan oleh pemimpin yang ada sekarang.



Tidak perlu bimbang dengan keupayaan pemimpin yang ada sekarang kerana mereka boleh mentadbir negara jauh labih baik dari Dr Mahathir.

Lepas 2 Kali Jadi PM, Baru Sekarang Mahathir Sedar Sekolah Vernakular Wujud

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button