Daiyan Trisha harap buku dapat ‘peluk’ pembaca

Netizen syak puisi curang tentang Aedy Ashraf

Daiyan Trisha harap buku dapat ‘peluk’ pembaca

Daiyan Trisha harap buku dapat ‘peluk’ pembaca
Netizen syak puisi curang tentang Aedy Ashraf

PELAKON dan penyanyi Daiyan Trisha memilih untuk membiarkan netizen membuat spekulasi berhubung puisi tentang kecurangan yang didakwa ditujukan kepada aktor Aedy Ashraf.

Daiyan, 30, berkata, perkongsian puisi berkenaan tidak menggambarkan keseluruhan isi kandungan buku berjudul Tulisan by Daiyan Trisha yang menghimpunkan tentang perjalanan hidupnya dari tahun 2018 sehingga 2022.

“Bagi saya itu mungkin sekadar spekulasi mereka, buku pun tak keluar lagi… Mereka hanya nampak puisi yang saya luahkan pada waktu itu.



 

Daiyan Trisha harap buku dapat ‘peluk’ pembaca
Puisi hanya sekadar tempat luahan perasaan Daiyan.

“Apa mereka nak kata itu bergantung pada masing-masing sebab bagi saya buku itu adalah tentang apa yang saya rasa,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

1MDB – Zeti Aziz saksi yang boleh dipertikai kredibiliti




Daiyan menjawab perkara itu ketika ditemui pada acara Viu Lokal Lah yang berlangsung di Kuala Lumpur pada petang Khamis.

Dalam pada itu, Daiyan berkata, dia berharap buku Tulisan by Daiyan Trisha itu nanti dapat mendamaikan hati pembaca yang pernah mengalami kekecewaan dalam hidup.

“Saya tulis sebab saya rasa ia ada kaitan dengan ramai orang dan pernah melalui perkara sama.

“Saya tahu bukan saya seorang sahaja pernah mengalami pengalaman dilukai, dicurangi… Dan Saya letak dalam buku sebab itu sahaja yang mampu saya buat.



“Besar harapan agar buku ini dapat ‘memeluk’ pembaca,” kongsinya.

Dalam perkembangan lain, Daiyan memberitahu dirinya baharu sahaja tamat menjalani penggambaran drama adaptasi W: Two Worlds dan bakal ditayangkan di platform penstriman Viu tidak lama lagi.

Daiyan Trisha harap buku dapat ‘peluk’ pembaca
Daiyan akui buku puisi mengenai perasaan yang dialaminya.

Menjawab cakap-cakap dia tidak sesuai membawa watak sebagai Izara menerusi drama berkenaan, Daiyan percaya dia telah melakukan terbaik bagi memuaskan hati penonton kelak.

“Saya cuba yang terbaik… tapi kalau ada orang nak bandingkan saya tak boleh nak buat apa.



“Saya pun ada tonton drama asal dan buat kajian mengenainya.Dan Saya cuma harap bila cerita ini ditayangkan, ia akan diterima dengan baik,” luahnya.

Daiyan Trisha harap buku dapat ‘peluk’ pembaca


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Gabenor Bank Negara tidak tahu matawang Denmark




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading