Basikal bukit buat kejutan hadiahkan emas

HANOI: Sukan berbasikal bukit melakar kejutan apabila menyumbangkan pingat emas dalam acara rentas desa Olimpik campuran yang berlangsung di Wilayah Hoa Binh – venue yang terletak kira-kira 100 kilometer (km) dari Hanoi, sebentar tadi.

Skuad disertai Ahmad Syazrin Awang Ilah, Zulfikri Zulkifli, Natahsya Soon dan Nur Assyira Zainal Abidin mencatat 1 jam 23 minit dan 14 saat untuk membutirkan kilauan emas ke-20 buat kontinjen negara.

Perak dimenangi skuad Vietnam dengan catatan 1:23.48s manakala Thailand membawa pulang gangsa, 1:24.54s.

BHOnline

Leave a Reply