4 KAEDAH MENGESAN KAMERA TERSEMBUNYI

Teknologi yang semakin pesat berkembang banyak memberikan kemudahan dan kebaikan kepada manusia. Namun, jika disalah guna boleh terwujudnya aktiviti jenayah seperti perbuatan haram meletakkan kamera tersembunyi untuk merakam tanpa kebenaran individu. Mendatangkan kesan buruk seperti trauma kepada mangsa yang terlibat.

Justeru itu, jika anda ke mana-mana terutamanya tempat awam seperti tandas atau pusat peranginan sentiasalah berwaspada dengan melakukan pemeriksaan teliti. Memang ianya agak leceh tetapi lebih baik mencegah daripada menjadi mangsa video lucah.

Sebagaimana yang dikongsikan oleh gadis ini, berkongsi semula siaran gambar seorang mangsa yang menjumpai kamera tersembunyi ketika berada di tandas awam di sebuah pusat beli-belah. Mari, ikuti beberapa kaedah yang dikongsikan olehnya untuk manfaat semua.



Saya share beberapa tips untuk detect hidden camera, yang saya cari di Google that I hope will help especially women. Tidak kiralah di toilet or hotel rooms or everywhere yang kamu tinggal sementara means bukan rumah yang kamu kenal or tahu selok-belok dia.

4 KAEDAH MENGESAN KAMERA TERSEMBUNYI

1. GUNA FLASH LIGHT TELEFON PINTAR

Cara ni sesuai untuk hotel rooms or tempat-tempat yang ada celah or gaps. Kamu pasang flashlight telefon kamu, suluh gaps or ceruk-ceruk yang kamu nampak. Tidak kiralah di objek atau di dinding.

IF YOU SEE REFLECTIONS OF THE FLASHLIGHT, MEANS THERE’S A POSSIBILITY THAT IT IS A HIDDEN CAMERA.

(JIKA ANDA MELIHAT REFLEKSI LAMPU, BERMAKSUD ADA KEMUNGKINAN IA ADALAH KAMERA TERSEMBUNYI)



Lepastu, cuba siasat lebih dalam. Korek or move the objects to reach where the reflection is. If you are sure it’s a camera, jangan takut-takut mahu panggil polis or pihak yang betanggungjawab.

2. GUNA APLIKASI ‘CAMERA’ DI TELEFON PINTAR

Macam tu flashlight juga, kamu buka camera but tidak perlu on flashlight. Kamu halakan kamera tu dalam gaps or mana-mana tempat yang kamu suspect boleh kena letak or kamu nampak pelik.

IF YOU GUYS SEE A DOT OF LIGHT LIKE THIS, MEANS THAT IT IS A HIDDEN CAMERA AND IT IS CURRENTLY RECORDING.

(JIKA ANDA MELIHAT TITIK CAHAYA SEPERTI INI, BERMAKSUD IA ADALAH KAMERA TERSEMBUNYI DAN IA SEDANG DIRAKAMKAN)



So what is this light? This is actually an infrared light, used by mainly CCTVs and other surveillance camera to be able to see in the dark. It is not visible to the naked eye but it does appear when it’s in contact with a lense, other camera lenses.

So this is another way to find a hidden camera.

(Jadi, apakah cahaya ini? Ini sebenarnya adalah cahaya inframerah, digunakan terutamanya oleh CCTV dan kamera pengawasan lain untuk dapat melihat dalam gelap. Ia tidak kelihatan dengan mata kasar tetapi akan kelihatan apabila ia berdepan dengan kanta kamera lain.

Jadi ini adalah satu lagi cara untuk mencari kamera tersembunyi.)



3. IMBAS SAMBUNGAN WIFI TERDEKAT YANG MENCURIGAKAN

This is also useful sebab hidden camera uses wifi to transfer/transmit/livestream the footage it currently records to the receiver, whether it’s on the phone or a laptop. This allows the receiver to see live footage from the cam.

(Ini juga berguna kerana kamera tersembunyi menggunakan wifi untuk memindahkan/menghantar/menstrim secara langsung rakaman yang sedang dirakam kepada penerima, sama ada pada telefon atau komputer riba. Ini membolehkan penerima melihat rakaman langsung dari kamera.)

So what you wanna do is, turn on your wifi, scan all nearby devices and check which ones look suspicious. (Jadi apa yang anda perlu lakukan ialah hidupkan wifi, imbas semua peranti berdekatan dan periksa mana yang kelihatan mencurigakan.)

IF YOU SEE A DEVICE WITH THE NAME ” CAM ” or ” CAMERA” ON IT, AND THE SIGNAL IS STRONG, IT MAY BE AN INDICATION OF A HIDDEN CAMERA NEARBY.



(JIKA ANDA MELIHAT PERANTI DENGAN NAMA ” CAM ” atau ” CAMERA” DAN Isyaratnya KUAT, KEMUNGKINAN IA PETUNJUK KAMERA TERSEMBUNYI BERDEKATAN.)

You can try to find it or call authorities to check on it. (Anda boleh cuba mencarinya sendiri atau hubungi pihak berkuasa untuk periksa.)

4. LAKUKAN PEMERIKSAAN FIZIKAL PADA SEMUA KOMPONEN ATAU OBJEK DALAM TANDAS

Saya tidak terlalu recommend ini sebab ialah kotor, tapi kalau mahu juga, kamu boleh periksa semua tempat di tandas tu secara hands on. Tempat flush, baldi, penyapu, belakang pintu, atas pintu or di mana-mana yang kamu rasa hidden cam boleh kena letak.

Like kamu put yourself in the perpetrator punya position, di mana akan saya letak kamera ah gitu. But make sure wash your hands after that if you don’t or does find it. (Cuba letakkan diri dalam kedudukan pelaku, di mana anda akan meletakkan kamera. Setelah itu, pastikan basuh tangan anda.)



These are some tips, on how to find hidden cameras. Buat masa ni ini saja saya jumpa yang boleh buat dimana-mana sahaja, tidak semestinya di tandas saja.

Kalau ada lagi nanti saya tambah di thread ini, mana tahu kamu ada tips sendiri yang penting take care ya.

Twitter Nicswho

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button