Biskut Tart Nenas Nyonya

Biskut Tart Nenas Nyonya
Biskut Tart Nenas Nyonya

 

Resepi Tart Nyonya, sungguh klasik dan sedap jika dihidangkan pada hari raya.Agak mudah untuk menyediakan biskut ini. Semua bahan kering disatukan dan kemudian digaulkan dengan telur kuning. Jangan lupa rehatkan doh kerana gluten doh mengambil masa terhasil dan tekstur biskut akan menjadi lebih lembut dan rangup.Resepi asal saya ambil dari Che Mat Gebu http://www.tiffinbiru.com/2013/04/mengidam-tart-nenas-nyonya.html

 

Bahan-bahan:

 



  • Bahan untuk Tart:
    • 300 gram tepung gandum*
    • 4 sudu besar tepung jagung*
    • 3 sudu besar gula aising*
    • 200 gram mentega, potong kiub
    • 1/2 sudu teh esen vanila
    • 2 kuning telur
  • Bahan untuk jem:
    • 2 biji nenas, parut dan toskan air
    • 600 gram gula
    • 1 batang kayu manis
    • 2-3 titik pewarna kuning

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk tart:
    1. Bulatkan inti tart anggaran lebih kurang sebesar biji guli.
    2. Ayak bahan atau tepung bertanda *. Gaulkan tepung yang telah diayak tadi dengan mentega sehingga menjadi tekstur seperti serbuk roti.
    3. Masukkan kuning telur dan esen vanilla sedikit demi sedikit, uli sehingga menjadi doh yang lembut.
    4. Rehatkan di dalam peti ais selama 1/2 jam.
    5. Keluarkan doh dan canaikan dengan cara melapik bahagian atas dengan plastik wrap. Dengan menggunaka cara ini, doh yangg lembut tidak akan melekat di roller. Terap doh dengan acuan dan hiaskan dengan inti tart.
    6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 170- 175 darjah celcuis (suhu adalah bergantung kepada oven anda) selama 20- 25 minit.
  2. Cara-cara untuk jem nenas:
    1. Masak nenas bersama gula.
    2. Apabila hampir kering, masukkan pewarna kuning dan kayu manis. Masak dengan api perlahan sehingga kering.
    3. Bulatkan doh untuk inti tart nyonya.

Udang Goreng Asam Ala Nyonya



Biskut Tart Nenas Nyonya


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


“SPRM wajar siasat kewangan PAS semasa PRU” – Ahmad Said


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading