UAS tidak dibenar masuk Singapura

Singapura: Republik ini menyekat penceramah popular Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS) daripada daripada memasuki negara.

Susulan sekatan itu, Abdul Somad dihantar semula ke Batam, Indonesia.

Channel News Asia (CNA) melaporkan, Kementerian Dalam Negeri Singapura juga mengesahkan enam individu yang tiba bersama Abdul Somad melalui terminal feri Tanah Merah dihantar pulang ke negara asal.



Kementerian itu mendakwa Abdul Somad dikenali sebagai ‘pelampau dan pendukung dasar pemisahan’.

Katanya, ia sama sekali tidak boleh diterima Singapura sebagai negara didiami berbilang kaum dan agama.

“Sebagai contoh, Abdul Somad berceramah bahawa pengebom bunuh diri dibolehkan dalam konteks konflik Israel-Palestin, dan dikira sebagai ‘syahid’.

“Dia juga mengeluarkan kenyataan memburukkan penganut agama lain, seperti Kristian, dengan menggambarkan salib Kristian sebagai tempat tinggal jin kafir,” lapor kementerian berkenaan.



Selain itu, Abdul Somad dilaporkan secara terbuka merujuk orang bukan Islam sebagai kafir.

Abdul Somad semalam mempertikaikan pengusirannya dari negara itu, menuntut penjelasan dan menyifatkan negara itu sebagai sombong.

Beliau percaya sekatan terhadapnya mungkin berkaitan dengan larangan sama di Timor Leste pada 2018 ketika namanya dimasukkan ke dalam senarai pengganas.

Dakwa Abdul Somad, beliau menjadi mangsa percaturan politik menjelang pilihan raya presiden Indonesia.



Beliau a turut mendakwa Indonesia memberi maklumat tidak tepat bagi menghalangnya memasuki Timor Leste dan berkempen bagi mempengaruhi keputusan pilihan raya presiden kepada warga Indonesia di sana.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button