Novan Amirudin dilantik jadi CEO CIMB Investment Bank

Novan Amirudin dilantik jadi CEO CIMB Investment Bank

Novan Amirudin dilantik jadi CEO CIMB Investment Bank
Novan Amirudin

KUALA LUMPUR: CIMB Group Holdings Bhd mengumumkan pelantikan Novan Amirudin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CIMB Investment Bank Bhd, iaitu anak syarikat milik penuhnya berkuat kuasa 15 Jun 2023.

CIMB Investment Bank juga adalah sebahagian daripada perniagaan perbankan borong kumpulan itu, yang mana Novan adalah CEO bersama.

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan itu berkata Novan mengambil alih peranan daripada Jefferi Hashim, yang mana tanggungjawabnya telah difokuskan semula dan diperluaskan sebagai ketua kumpulan, ketua dan perbankan swasta, penasihat dan penyelesaian ESG, perbankan borong kumpulan CIMB Group.



Ia berkata, Jefferi akan terus melaporkan kepada Novan dalam peranan baharunya, manakala Nor Masliza Sulaiman akan meneruskan jawatan Timbalan CEO CIMB Investment Bank dan ketua kumpulan perbankan pelaburan.

“Novan berpengalaman hampir 20 tahun dalam perbankan pelaburan dan kewangan korporat di seluruh ASEAN, dengan pengalaman luas dalam liputan pelanggan, penggabungan dan pemerolehan, tawaran awam, penempatan persendirian, penyelesaian derivatif dan pembiayaan bank.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kualiti Radzi Jidin Sebagai Ahli Parlimen, Kesian Pengundi Beliau




“Sebelum menyertai CIMB, beliau bersama JP Morgan sebagai ketua pasaran modal ekuiti, Asia Tenggara dan ketua perbankan pelaburan, Malaysia,” kata kumpulan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group, Datuk Abdul Rahman Ahmad, berkata pelantikan Novan menerajui CIMB Investment Bank akan memastikan pengawasan dan tumpuan yang lebih baik selaras dengan pelan strategik Forward23+.

“Berdasarkan rekod prestasi kami dalam pelaksanaan dan penyampaian yang cemerlang untuk pelanggan di seluruh ASEAN, kami akan menumpukan kepada pertumbuhan agresif perniagaan pengurusan kekayaan serta produk dan perkhidmatan kewangan mampan kami, mencerminkan permintaan dan peluang yang meningkat dengan pesat dalam bidang-bidang utama ini,” katanya.

-BERNAMA

Novan Amirudin dilantik jadi CEO CIMB Investment Bank

 



DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Wajarkah Pengkhianat UMNO Di Terima Semula?

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading