Guru Sebak Dapat Hadiah 3 Biji Kismis Dibalut Kertas Buku Latihan

Walaupun hanya menerima tiga biji kismis sebagai hadiah sempena Hari Guru pada 16 Mei lalu, ianya cukup bermakna bagi seorang guru dikenali sebagai Balqish.

Video pendek yang dikongsi di laman TikTok, dan mendapat hampir 250k tontonan menceritakan tentang dirinya yang mendapat hadiah ‘istimewa’ berupa tiga biji kismis yang dibalut rapi menggunakan sekeping kertas oleh pelajar.

Nak menitik air mata ini. Ingatkan apa dalam ini. Tapi ada 3 biji kismis dalam kertas kecil yang distapler kemas.



Hadiah yang diberikan oleh pelajar berkenaan berjaya membuatkan guru ini sebak dan dia menjelaskan itu merupakan hadiah yang paling akan diingati seumur hidup.

Ujar guru muda ini lagi, sekolahnya sama sekali tidak mempunyai sesi pemberian hadiah daripada murid kepada guru-guru yang lain dan itu merupakan inisiatif sendiri yang diambil oleh pelajar berkenaan.

Sebab ikhlas nak hargai guru. Its okayh kalau tak bagi hadiah, balas jasa guru dengan kejayaan kamu.

Hadiah paling diingati. Sekolah saya tiada sesi murid bagi hadiah kepada guru, ini semata-mata keinginan murid itu sendiri. Sebak tu sebak.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sempat menceritakan pengalaman mereka yang tersendiri ketika memberikan hadiah kepada guru dan menjelaskan maksud di sebalik tiga biji kismis yang diberikan. Selamat Hari Guru cikgu!

 

 

@qishfavouritethings 😭😭😭😭 hadiah paling diingati.. #hariguru #selamathariguru #teachersoftiktok ♬ original sound – PandaGuy



 

Balqish



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button