Lim Kit Siang mulakan propaganda keganasan

 

Veteran politik DAP, Lim Kit Siang dilihat memulakan kembali propaganda keganasan politik dalam entri blog dan twitter beliau.



Beliau menaikmuat berita mengenai keganasan yang berlaku di Sri Lanka dan cuba menggambarkan keadaan tersebut mungkin boleh berlaku di Malaysia.

 

 



Adakah beliau mahu mengembalikan protes jalanan seperti BERSIH?  Tentunya Lim Kit Siang lebih arif mengenai protes jalanan seperti BERSIH yang mendapat suntikan dana dari pihak luar.

Bagi mengekalkan penguasaan Pakatan Harapan dalam politik Malaysia, satu usaha baru menarik rakyat ke jalanan perlu dilakukan.

Perkara tersebut telah berjaya membawa Pakatan harapan mengambil alih pentadbiran Malaysia selepas memenangi PRU14 selepas usaha berterusan menggunakan dana luar negara oleh pembangkang ketika itu.



LIM KIT SIANG PATUT ULAS KEJAYAAN LIM GUAN ENG SEBAGAI MENTERI KEWANGAN 30 RINGEK

Sebagai ahli politik yang telah bersara, Lim Kit Siang sepatutnya tidak membuat perbandingan antara Sri Lanka dan Malaysia. Ini hanya akan mencetus perasaan memberontak rakyat seiap kali mereka tidak berpuashati dengan kerajaan.

Apa niat sebenar Lim Kit Siang? Adakah beliau mahu rakyat memberontak sehingga membakar kediaman Perdana Menteri dan Menteri sebagai tanda protes? Adalah tidak adil kepada negara bila Kit Siang membandingkan ekonomi negara dan Sri Lanka.

Membandingkan KDNK Malaysia dengan Sri Lanka juga tidak adil kerana dilihat cuba memperkecilkan negara lain, dalam erti kata lain, tidak perlu untuk Kit Siang yang bukan ahli ekonomi bercakap mengenai ekonomi negara lain.

Lebih baik Kit Siang mengulas pencapaian ekonomi Pakatan Harapan selama 22 bulan memerintah. Bukankah ketika itu anaknya, Lim Guan Eng merupakan Menteri Kewangan?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button