PAS akan jamin kemenangan Azmin di Gombak?

Anwar, Rafizi tidak berani 'kejar' Azmin

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


PAS akan jamin kemenangan Azmin di Gombak?

Azmin Ali kini boleh menarik nafas lega selepas PAS bersetuju untuk kekal bersama Perikatan Nasional menghadapi Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15).



Sebelum ini, banyak desas-desus menyatakan Azmin akan berpindah kawasan selepas ragu-ragu dengan sokongan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Gombak.

Ternyata kini beliau sudah boleh menjangkakan kemenangan dengan sokongan padu PAS Gombak. Paling penting, Presiden PKR, Anwar Ibrahim tidak berani bertanding di Gombak sebaliknya dikatakan akan memilih Bandar Tun Razak.

Malah, Rafizi Ramli juga dijangkakan tidak akan berani bertarung dengan Azmin di Gombak kerana tidak yakin mampu menewaskan beliau di kubu kuatnya sendiri.

Ternyata, PKR seperti seekor ayam jantan yang berkokok tetapi ekor terpalit najis. Buat kenyataan akan ‘mengajar’ pengkhianat tetapi akhirnya menyorok di kubu sendiri.



PAS AKAN ‘SUCIKAN’ AZMIN DARI DAKWAAN VIDEO SEKS LUAR TABIE

 

Biarpun pernah terpalit dengan klip video perlakuan sumbang, PAS tentu akan ‘menyucikan’ Azmin dari dakwaan Haziq berkaitan video “Sandakan”.

Malah, pihak berkuasa juga telah menyatakan, imej dalam video berkenaan kabur dan mereka tidak dapat mengenalpasti seorang lagi pelaku dalam video tersebut.



PAS tentunya akn menentang sesiapa sahaja yang mengungkit perkara tersebut sepanjang kempen PRU15 kelak dan akan mengeluarkan ‘dalil’ bagi membela Azmin Ali.

PAS KORBANKAN MUAFAKAT NASIONAL DEMI 47 KERUSI DIJANJIKAN PN

 

“Kita (PAS) tak bersama dengan BN kerana ada keruh…. keruhnya masih ada penerima rasuah. Lepas tu rakus pula nak perintah lagi. (Padahal) kita baru tolong bantu jatuhkan PH (Pakatan Harapan),” – Hj Hadi Awang – 14 Oktober 2022

Demi 47 kerusi yang dijanjikan PN, PAS mengambil keputusan untuk menolak Muafakat Nasional yang telah dimeterai perjanjiannya dengan Umno.



Presiden PAS yang menyifatkan Umno masih ada ‘gelenyar’ turut menyatakan Umno umpama ‘durian mentah’ yang tidak boleh dimakan.

Ahli bawahan PAS yang melihat ucapan Hj Hadi hanya menjadi punca kekeruhan antara PAS – Umno dikatakan akan melakukan protes secara senyap semasa PRU15.

 



 

 

 

 



 

 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading