Pasangan tersilap koyak skrin televisyen pintar

Oleh – Syeikh Baran


Pasangan tersilap koyak skrin televisyen pintar
Kelsey menunjukkan kepingan skrin televisyen yang ditanggalkan oleh suaminya. – TikTok

Sepasang suami isteri di Sepanyol secara tidak sengaja mengoyakkan skrin televisyen yang baru dibeli ketika cuba mengeluarkannya daripada kotak, lapor laman berita Unilad semalam.

Kelsey dan suaminya memutuskan untuk membeli sebuah televisyen pintar jenama Samsung selepas berpindah ke Sepanyol awal bulan ini.



Ketika cuba membuka kotak, Kelsey menyangka terdapat sekeping pelindung plastik dilekatkan di atas skrin televisyen yang perlu ditanggalkan seperti televisyen lain.

“Kami mula mengupasnya dan tidak menyedari bahawa ia adalah skrin sebenar,” katanya.

Ketika Kelsey menyedari kesilapan itu, suaminya sudah menarik separuh skrin itu dan televisyen tersebuk sudah rosak.

Mereka bernasib baik apabila syarikat Samsung menawarkan untuk menggantikan televisyen tersebut. – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading