6 lagi wanita ditahan kes video lucah

Oleh – Syeikh Baran


6 lagi wanita ditahan kes video lucah
Mohd. Shuhaily ketika sidang akhbar di Klang hari ini. FOTO: AFIQ RAZALI/KOSMO!

Polis menahan enam wanita lagi bagi membantu siasatan berhubung kes seorang lelaki tempatan yang menjalankan aktiviti menjual video melakukan hubungan seks dengan lebih 20 wanita.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, kesemua suspek berusia 21 hingga 36 tahun itu diberkas pada minggu lalu menerusi fasa kedua Op Daddy.



“Siasatan mendapati keenam wanita itu melakukan hubungan seks secara sukarela, tiada paksaan dan ada yang bermotifkan keuntungan.

“Kesemua mereka telah direman bagi membantu siasatan bagi mengesan individu lain yang terlibat dalam penghasilan video seks,” katanya pada sidang akhbar selepas program Townhall di sini, hari ini.

Kosmo! Jumaat lalu melaporkan seorang bapa tiga anak yang popular dengan panggilan “Hot Daddy” yang tular dalam aplikasi X didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan membuat pengiklanan khidmat persundalan dalam aplikasi itu minggu lalu.

Bagaimanapun ketiga-tiga tertuduh iaitu Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, Norshazrina Md Zamri, 27, dan Norhidayah Mahadi, 24, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan di bacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.



Mengulas lanjut, Mohd. Shuhaily mengingatkan tindakan undang-undang boleh diambil kepada mana-mana individu yang menyimpan bahan-bahan pornografi di dalam sebarang gajet termasuk telefon bimbit mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

“Tidak kira alasan kawan pass (hantar) atau bagi, its material, it’s your position (bahan itu dalam milikan kamu),” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading