Malaysia layak ke suku akhir

Oleh – Syeikh Baran


Malaysia layak ke suku akhir
AKHIMULLAH (kanan) menjadi wira skuad hoki negara apabila melakukan tiga jaringan ketika membantu Malaysia membelasah Fiji 8-3 pada aksi terakhir Kumpulan D hari ini. – FIH

Skuad hoki 5 sebelah (5s) lelaki kebangsaan menepati ramalan mara ke suku akhir pada Piala Dunia Hoki 5s Lelaki di Muscat, Oman selepas membelasah Fiji 8-3 sebentar tadi.

Pada aksi terakhir Kumpulan D itu, skuad kendalian Wallace Tan tidak berdepan masalah menjaringkan lapan gol dengan tiga daripadanya hadir menerusi Mohamad Akhimullah Anuar Esook.



Manakala lima lagi gol dijaringkan Mohd. Abid Sufian Mat Roslee, Syarman Mat Tee, Firdaus Rosdi, Muhammad Firdaus Omar dan Mohamad Kamarulzaman Kamaruddin.

“Syukur Alhamdulillah kami berjaya mendapatkan tiga mata. Kami mematuhi segala arahan jurulatih untuk mencatat kemenangan ini. Saya gembira kerana ini adalah Piala Dunia pertama untuk hoki 5s,” kata Syarman selepas tamat perlawanan.

Malaysia pastinya melangkah ke suku akhir dengan penuh keyakinan apabila belum tewas dalam sebarang perlawanan selepas turut menewaskan Amerika Syarikat 3-2 selain mencatat keputusan seri 3-3 dengan tuan rumah.

Bagaimanapun, hasrat skuad negara untuk melangkah ke pusingan kalah mati sebagai juara kumpulan tidak tertunai apabila Oman menang 6-4 ke atas Amerika Syarikat dan memiliki kelebihan dari segi perbezaan jaringan.



Selaku naib juara Kumpulan D, Malaysia dijadualkan berdepan juara Kumpulan C yang masih menjadi rebutan antara Trinidad & Tobago, Kenya, New Zealand dan Australia.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading