Korban sekolah jaga ibu

Gua Musang: Seorang pelajar tingkatan empat terpaksa melupakan hasrat untuk kembali ke sekolah kerana perlu menjaga ibunya yang terlantar sejak tiga bulan lalu.

Ain Nayuni Azian, 16, berkata, dia terpaksa menjaga ibunya, Norli Mohd Adnan, 37, yang menghidap penyakit sistemik lupus eritematosus (SLE) sejak 12 tahun lalu.

Menurutnya, keadaan ibunya menjadi semakin teruk sejak tiga bulan lalu hingga memaksanya berkorban untuk menjaga ibu manakala ayahnya Azian Rozi, 42, yang bekerja kampung keluar mencari rezeki.



“Dalam keluarga hanya saya yang boleh diharapkan menjaga ibu yang kini terlantar dan perlukan perhatian sepenuhnya untuk menukar lampin pakai buang dan memberi susu.

“Ibu memerlukan penjagaan rapi memandangkan dia tidak dapat menguruskan dirinya sendiri,” katanya.

Terdahulu, Ain Nayuni menerima kunjungan Ketua Puteri Umno Gua Musang, Norfadzlete Aryani Mat Rosli yang melawat ibunya di Hospital Gua Musang.

Bercerita keadaan ibunya, Ani Nayuni berkata, ibunya hanya bergantung kepada susu yang diberikan melalui wayar, selain perlu menukar lampin pakai buang tiga atau empat kali sehari.



“Sebulan ibu perlukan sehingga empat hingga lima tin susu khas, lampin pakai buang dan tisu basah.

“Dianggarkan kos sebulan lebih RM500 untuk membeli keperluan ibu, itu belum lagi untuk keperluan kami adik-beradik.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button