Janna Nick Sedih Dipanggil Gemuk

Sekian lama memendam perasaan, pelakon dan pengacara Janna Nick akui tersinggung apabila sering menjadi mangsa ‘body shaming’ di media sosial.

Nak potong perut

 

 



 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)



 

Kata Janna, 27, selama ini dia memilih untuk tidak mempedulikan kata-kata negatif daripada netizen namun perasaan itu tidak lagi boleh ‘ditelan’.

Sedih dilabel gemuk, pemilik nama lengkap Nurul Jannah Muner pernah terfikir untuk menjalani pembedahan batriatrik atau pintasan perut (potong usus).

Hari ini aku sedih.. selama ini aku tidak pernah peduli orang cakap gemuk atau paha besar. Tetapi kali ini aku betul-betul terasa sampai terfikir nak potong perut.



Bagaimanapun, teman wanita kepada aktor Dini Schatzmann tidak putus semangat dan akan membuktikan dia mampu untuk mendapatkan tubuh badan yang langsing.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Janna memuat naik video sedang memulakan sesi latihan di sebuah gimnasium, pada Selasa.

Jangan jatuhkan orang lain

Dalam pada itu, pelantun lagu Gatal ini mengingatkan kepada orang ramai untuk berhenti mempersenda penampilan fizikal seseorang.



Biarlah orang nak sakitkan hati aku, yang penting aku tak sakitkan hati orang.

Aku harap orang yang tengok video ini berhenti body shaming orang lain. Jangan jatuhkan orang lain untuk kepentingan diri sendiri.

@jannanick



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button