BERSATU bergolak, Muhyiddin dijangka rombak Menteri PPBM
Ekoran tindakan Zuraida Kamaruddin keluar dari Parti Pribumi BERSATU Malaysia-PPBM, Presiden Muhyiddin Yassin dijangka akan merombak kepimpinan parti dan Menteri dari parti itu.
Dikhabarkan, kepimpinan tertinggi sudah mula mencurigai kesetiaan Ahli Parlimen PKR yang ‘melompat’ masuk ke PPBM bersama Azmin dan Zuraida.
Zuraida yang mengumumkan menyertai Parti Bangsa Malaysia-PBM semalam, masih lagi memegang jawatan Menteri.
Difahamkan, Muhyiddin selaku Presiden PPBM mahu jawatan tersebut dilucutkan dari Zuraida dan diserahkan kepada PPBM berdasarkan kuota. Bagaimanapun, Zuraida bertindak ‘bijak setapak’ apabila menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.
Sokongan Zuraida sudah pasti akan disokong PBM dan ini akan diambil kira dalam kiraan majoriti parlimen. Untuk menolak sokongan Zuraida akan menimbulkan konflik sokongan dan boleh membawa kepada kehilangan sokongan majoriti untuk PM.