Thibaut Courtois sudah bersedia
LONDON: Thibaut Courtois sudah bersedia mengambil sepakan penalti pada final Liga Juara-Juara walaupun nasibnya tidak menentu ketika melakukannya.
Penjaga gol Belgium itu menjaringkan gol kemenangan pada aksi pra musim buat Chelsea pada 2015 ketika berdepan Paris Saint-Germain.
Namun dia juga menyepak ke tiang ketika Blues tewas pada aksi Perisai Komuniti di tangan Arsenal pada 2017.
Penjaga gawang Real Madrid berusia 30 tahun itu menyasarkan gelaran pertama Liga Juara-Juara selepas tewas pada 2014 bersama Atletico Madrid.
Menjelang pertemuan di Paris menentang Liverpool, dia berkata: “Saya sudah pasti tidak akan berada dalam senarai lima terawal. Tapi mungkin selepas itu, jika anda diperlukan, anda perlu bersedia.
“Saya tidak takut. Ia saat untuk menyinar. Saya masih ingat aksi pra musim bersama Chelsea berdepan PSG, saya menjaringkan satu gol dan dalam Perisai Komuniti menentang Arsenal, saya gagal melakukannya.
“(Antonio) Conte meletakkan saya di sana kerana dia tahu saya boleh melakukannya dengan baik tetapi berdiri di sana dalam keadaan yang amat penting ialah perkara berbeza.”
AGENSI