Muhyiddin bakal kembali jadi Perdana Menteri?
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan akan kembali menjadi Perdana Menteri buat kali kedua.
Presiden WARISAN, Datuk Seri Shafie Apdal membuat dakwaan tersebut dalam kenyataan beliau. Shafie berkata, Muhyiddin mendakwa kini mempunyai 119 sokongan Ahli Parlimen.
Shafie juga telah berbincang dengan Anwar Ibrahim mengenai sokongan terhadap Muhyiddin.
Beliau berkata kepada Muhyiddin, jika cukup sokongan, Muhyiddin boleh teruskan namun WARISAN kekal untuk tidak bersama Muhyiddin.
MUHYIDDIN PERLU DEDAH JUMLAH SEBENAR YANG MENYOKONG BELIAU UNTUK KEMBALI SEBAGAI PM
Tidak menghairankan jika Muhyiddin masih lagi mahu kembali berkuasa. Beliau yang dilantik menjadi PM selepas ‘Sheraton Move’, sudah pasti mahu membuktikan PPBM mempunyai pengaruh terhadap Ahli Parlimen.
Era Muhyiddin memerintah dikenali sebagai ‘Kerajaan Gagal’ kerana kelemahan urustadbir serta perselisihan pendapat serta pandangan dengan Umno.
Belum menyentuh bagaimana Muhyiddin dikatakan memanipulasi Proklamasi Darurat untuk kepentingan politik beliau dan PPBM.
Sebagai ahli politik yang belum teruji sepenuhnya, Muhyiddin perlu ada ‘mentor’ yang baik untuk membimbing beliau melakukan sesuatu di ‘luar kotak’.
Dipercayai, Muhyiddin masih lagi mendapatkan nasihat serta tunjuk ajar dari Mahathir bagi mengaburi pandangan semua pihak bila melakukan sesuatu yang luar dari kelaziman politik Malaysia.
BERSATU yang dikatakan sedang bergolak ekoran tindakan Zuraida Kamaruddin yang keluar dari parti itu. Dijangkakan lebih ramai akan menurut jejak Zuraida meninggalkan PPBM kerana merasakan karier politik mereka tidak akan menyinar dalam parti tersebut.
PPBM TIDAK PUASHATI ISMAIL SABRI KEKALKAN ZURAIDA DALAM KABINET
Walau BERSATU mendesak agar jawatan Menteri yang disandang Zuraida diberikan kepada mereka, Ismail Sabri tidak tunduk kepada tekanan Setiausaha Agung dan Ketua ARMADA PPBM. Ini menyebabkan PPBM tidak berpuashati dengan tindakan Ismail Sabri.
Dikhabarkan, kini PPBM sedang merancang untuk melakukan sesuatu diluar jangkaan. Perikatan Nasional yang nampak ‘Khemah Besar’ Pakatan harapan sebagai alternatif survival politik terutama PPBM, dikatakan akan bersama kembali untuk memenangi PRU15.
Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainuddin baru-baru ini mengeluarkan amaran kepada Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan dan mengingatkan supaya jangan merasa ‘sudah besar’.
“I GOT THE NUMBERS”?
Muhyiddin perlu membuktikan tiada sebarang kenyataan beliau keluarkan sebagaimana dakwaan Shafie jika tidak ada perancangan menumbangkan Ismail Sabri.
Perikatan Nasional yang kini merupakan sebahagian dari Kerajaan Keluarga Malaysia perlu memberi sokongan kepada Ismail Sabri sekiranya belum cukup bersedia untuk Pilihanraya Umum.
Dengan pelbagai kelemahan ketara dalam PN, mereka sebenarnya hanya bergantung nyawa dengan perundingan antara Muhyiddin dan Ismail Sabri.
Perikatan Nasional pula kini umpama ‘tiada beban, batu digalas’ apabila masih mengekalkan GERAKAN sebagai komponen. Kehadiran PAS tidak banyak membantu mereka dalam 2 PRN lepas apabila PN kalah teruk.
PARTI BANGSA MALAYSIA JAUH LEBIH EFISIEN DARIPADA PPBM
Mungkinkah Parti Bangsa Malaysia pula akan menyertai PN sebagai komponen? Melihat secara serius, PBM mempunyai jentera yang jauh lebih baik dari Perikatan Nasional itu sendiri.
Jelas sekali, PBM sebenarnya lebih berkesan dari PPBM dalam jangka masa panjang dan tidak menghairankan jika ramai ahli PPBM akan beralih arah selain dari penyokong PKR untuk bersama dalam sebuah parti politik yang lebih baik urustadbirnya.
Anwar pencen politik, Rafizi bakal tamatkan legasi