Nadeera Zaini Menyanyi Secara Live Raih Perhatian Netizen! [VIDEO]

Ingatkan Rakaman

Nadeera Zaini Menyanyi Secara Live Raih Perhatian Netizen!

Nadeera Zaini Menyanyi Secara Live Raih Perhatian Netizen!
Nadeera Zaini Menyanyi Secara Live Raih Perhatian Netizen!

Nama Farah Nadeera Zaini atau lebih dikenali sebagai Nadeera Zaini kini menjadi perhatian ramai dengan suaranya yang memukau. Nadeera Zaini merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia yang berjuang bagi menempa nama dalam industri muzik tanah air.

Nadeera Zaini memulakan kerjayanya ketika menyertai pertandingan nyanyian ‘Vokal Bukan Sekadar Rupa’ musim kedua pada 2012 dan Mentor Legend pada 2014.

Suara pemenang Big Stage musim kelima itu tidak dapat disangkalkan lagi apabila berjaya menarik ramai peminat untuk mendengarkan setiap nyanyiannya itu.



Tak Sangka Itu Suara Secara Langsung!

Baru-baru ini, tular satu video di laman media sosial tiktok milik Nadera Zaini yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 159 ribu, tanda suka hampir 10 ribu dan komen hampir 2 ratus.

Di dalam, video berkenaan, memaparkan disebalik tabir Nadeera Zaini ketika membuat persembahan untuk sambutan hari kebangsaan yang lalu.

@n.a.d.e.e.r.a

Syukur alhamdulillah, dapat bersama2 rakan2 artis ,@iamsukilow @zizi_kirana, @hazra.dollah _ , mengalunkan lagu ‘kurik kundi’ yang penyanyi asalnya ialah Dato Sri Siti Nurhaliza. Mendendangkan lagu ‘kurik kundi’ ini dihadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong bersama Raja Permaisuri Agong serta dihadapan ratusan ribu rakyat malaysia yang hadir di majlis sambutan hari kebangsaan yang ke-66 semalam merupakan satu pengalaman yang tidak akan nad lupakan 🤍😘.Terima kasih semua🤍😘



♬ original sound – Nadeera – Nadeera

Rata-rata mereka terpukau dengan persembahan ketika itu. Mereka menyangkakan bahawa suara nyanyian itu hanyalah rakaman muzik sahaja kerana sangat sempurna rupa-rupanya dinyanyikan secara langsung.

“Takde video time nyanyi ke, ingat masa tu diorang pasang sound je, rupanya ada yang menyanyi lagu ni”

“Masa live tu ingatkan suara recording, rupanya nyanyi live juga”



“Wahhh nampak macam makin kurus Nadeera makin cantikk”

“Ooo nyanyi live rupanya, ingatkan diorang mainkan rakaman muzik je”

“Simple je berbaju kurung ala2 kampung, tapi tetap menawan gitew”-kata mereka

Nadeera Zaini Menyanyi Secara Live Raih Perhatian Netizen!
VIA TIKTOK

Apa-apa pun, semoga kerjaya Nadeera Zaini semakin luas dan lebih dikenali ramai serta menghasilkan lebih banyak karya yang hebat.



Nadeera Zaini Menyanyi Secara Live Raih Perhatian Netizen!


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Presiden UMNO Secara Rasmi Di Keluarkan Dari Senarai Kluster Mahkamah

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading