Lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran flat

Lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran flat

Lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran flat
TANGKAP layar daripada video tular menunjukkan kebakaran di pangsapuri Flora Damansara malam tadi.

PETALING JAYA: Polis sedang mengenal pasti identiti seorang lelaki yang ditemui rentung dalam kejadian kebakaran di sebuah flat di Bandar Damansara Perdana di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 9.12 malam.

“Siasatan mendapati kejadian itu berlaku di sebuah rumah di tingkat 21 blok D flat berkenaan yang menemui mayat seorang lelaki dalam keadaan tertiarap dan disahkan meninggal dunia oleh pihak bomba.



“Setakat ini, butiran penuh mangsa dianggarkan berusia 30-an itu masih belum dapat dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, mayat mangsa terbakar kira-kira 40 peratus itu ditemui berdekatan pintu rumah dan dipercayai cuba menyelamatkan diri ketika kejadian.

“Pihak bomba berdepan kesukaran memadamkan kebakaran itu pada mulanya kerana masalah tekanan air yang rendah.

“Sebaik kebakaran itu berjaya dipadamkan, pemeriksaan dilakukan dan mendapati rumah berkenaan terbakar hampir 90 peratus,” katanya.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


Beliau berkata, pihak forensik turut dipanggil bagi membantu siasatan di lokasi kejadian dan hasil pemeriksaan dilakukan terdapat dya sampel diambil untuk analisa iaitu cebisan baju dan kulit mayat.

“Hasil keterangan saksi kejadian memaklumkan terdengar bunyi letupan yang kuat dari rumah mangsa serta bunyi kaca pecah sebelum mendapati berlaku kebakaran di kediaman itu.

“Saksi cuba mendapatkan bantuan tetapi gagal masuk ke rumah itu kerana api sudah marak,” katanya.

Menurutnya, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.



“Orang ramai yang melihat dan mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi sarjan aktiviti balai, Sarjan Ahmad Sabran Abdullah di talian 010-5585040 bagi membantu siasatan,” katanya.

Identiti kru kapal kargo Mv Dai Cat 06 dikenal pasti

Lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran flat

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Dulu Mahathir pernah pecat berpuluh ribu ahli UMNO selamba sahaja.

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading