PRN Johor: Pengundi Bukit Batu kini lebih matang

JOHOR BAHRU: Penduduk Bukit Batu di Kulai tidak terkecuali daripada mengharungi impak pandemik Covid-19 yang melanda negara ini sejak 2020.

Dalam tempoh dua tahun, ada yang kehilangan sumber pendapatan akibat ketiadaan pekerjaan, memikul beban kewangan serta gagal mendapatkan peluang pekerjaan baharu.

Chua Jian Boon, 28, berkata golongan yang paling terkesan adalah keluarga B40 dan M40.



Menurutnya, segelintirnya terpaksa melakukan apa saja pekerjaan demi meneruskan kehidupan masing-masing.

“Sebelum ini kami difahamkan terdapat pelaburan asing akan disuntik di Kulai dan secara tidak langsung ia mampu membawa manfaat kepada penduduk tempatan apabila mewujudkan peluang pekerjaan baru.

“Antaranya adalah Iskandar Data Exchange (KIDEX) di Sedenak yang difahamkan akan menyediakan ribuan peluang pekerjaan.

“Namun kerajaan negeri seharusnya memberi peluang kepada penduduk tempatan dan bukan mengambil pekerja daripada luar.



“Ia demi menjaga kesejahteraan penduduk dan menaik taraf kehidupan masyarakat di sini.

“Sempena PRN akan datang, sudah pasti pengundi akan memilih calon mudah didekati, mesra dan sentiasa prihatin dengan nasib masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Tang Nai Soon,53 berkata, harapan kepada gabungan politik baharu, iaitu Pakatan Harapan (PH) mengubah keputusan PRU-14 pada 2018 dengan kekalahan kali pertama kerajaan BN.



“Malangnya hanya perubahan kurang disenangi berlaku hingga masyarakat hilang kepercayaan dan kini beralih kepada BN.

“Penduduk bukan saja mahu pembangunan malah mahukan kestabilan politik, ekonomi dan sebagainya dan saya yakin pada kali ini mereka tidak akan mensia-siakan peluang memilih wakil rakyat berkualiti,” katanya

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button