Poland gemuruh hingga wisel penamat

DOHA: Jurulatih Poland, Czeslaw Michniewicz berkata “jantungnya berdegup kencang” ketika pasukannya mara ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia awal pagi tadi, dengan kad kuning hampir menentukan nasib mereka.

Poland tewas 2-0 kepada Argentina tetapi layak ke pusingan kalah mati buat kali pertama sejak 1986 apabila Mexico menewaskan Arab Saudi pada satu lagi aksi terakhir Kumpulan C.

Gol lewat Arab Saudi bermakna Poland memastikan tempat mereka menerusi perbezaan jaringan, mencipta pertembungan 16 terakhir dengan juara bertahan Perancis.



Namun Poland mengharungi sebahagian besar babak kedua dalam kedudukan untuk layak menerusi kelebihan rekod disiplin, meraih kurang kad kuning berbanding Mexico.

Kad kuning lewat diterima Grzegorz Krychowiak menyebabkan mereka perlu lebih berhati-hati pada penghujung perlawanan yang mendebarkan itu, namun Michniewicz jelas kelihatan lega sejurus tempat mereka ke pusingan 16 terakhir terjamin.

“Kami kalah perlawanan ini tetapi kadangkala kekalahan itu bagaikan pahit manis atau manis dan pahit,” katanya.

“Inilah yang berlaku terhadap kami – kalah tetapi mara ke pusingan berikutnya buat kali pertama dalam tempoh bertahun-tahun lamanya.”



Pemain skuad Poland berkumpul di tengah padang selepas wisel penamat untuk menyaksikan keputusan muktamad perlawanan antara Mexico dengan Arab Saudi.

Tekanan mereka berakhir apabila Arab Saudi menjaringkan gol lewat pada masa kecederaan sekali gus membantu kemaraan Poland menerusi perbezaan gol.

Michniewicz mengakui persembahan pasukannya “tidak bagus” tetapi enggan memikirkan perkara negatif dan mahu pemainnya meraikan kejayaan itu.

AFP




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading