Deschamps pertahan tindakan rehatkan pemain utama

DOHA: Jurulatih Perancis, Didier Deschamps mempertahankan keputusannya mengubah hampir keseluruhan barisan utamanya bagi perlawanam peringkat kunmpulan Piala Dunia berdepan Tunisia awal pagi tadi ketika dia mengakui dia mahu pemain cergas menjelang aksi kalah mati.

Juara bertahan itu menadi pasukan pertama di Qatar memastikan tempat ke kelompok 16 terakhir selepas menang dua perlawanan pertama Kumpulan D menentang Australia dan Denmark.

Ia bermakna mereka boleh tewas berdepan Tunisia di Stadium Education City dan hampir memenangi kumpulan – dan ia berlaku walaupun Les Bleus kalah 1-0 tetapi masih mendahului kumpulan berdasarkan perbezaan gol berbanding Australia.



Deschamps membuat sembilan perubahan terhadap skuad diturunkan ketika menentang Denmark dengan Kylian Mbappe antara pemain direhatkan dan hanya kapten, Raphael Varane dan Aurelien Tchouameni mengekalkan tempat mereka.

Berikutan itu Perancis gagal menyerlah dan kalah hasil gol babak kedua Wahbi Khazri ketika rakaman VAR menafikan jaringan penyamaan Antoine Griezmann pada masa kecederaan.

“Mereka akan belajar daripada ini,” kata Deschamps mengenai pemain yang direhatkan termasuk Axel Disasi di pertahanan kanan.

“Tunisia mengambil kesempatan ketika kita leka, lambat membuat cabaran dan melakukan terlalu banyak kesilapan walaupun kita lebih baik pada penghujung selepas kemasukan pemain berpengalaman.



“Keputusan itu bermakna kami belum menemui objektif sebenar tetapi perkara paling penting ialah berada dalam kelompok 16 terakhir.”

Antara yang direhatkan termasuk pertahanan Barcelona, Jules Kounde, yang ada satu kad kuning dan berisiko dikenakan penggantungan jika sekali lagi menerimanya.

Deschamps juga mendedahkan bahawa Marcus Thuram pada mulanya akan dimasukkan sebelum masalah minit akhir memaksanya mengubah perancangan beberapa jam sebelum perlawanan.

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button