Heung-min terima anugerah sukan tertinggi Korea Selatan

SEOUL: Son Heung-min dianugerahkan penghargaan tertinggi sukan di Korea Selatan selepas penyerang Tottenham Hotspur itu menjadi pemain Asia pertama memenangi Kasut Emas Liga Perdana Inggeris.

Pemain 29 tahun itu dianugerahkan Pingat Cheongnyong oleh Presiden Yoon Suk-yeol sebelum aksi persahabatan menentang Brazil di Stadium Piala Dunia Seoul.

Heung-min yang memakai sut hitam, berjalan masuk ke stadium dan disambut sorakan peminat serta sepanduk bertulis: “Kami hidup di era Son Heung-min yang berkelas dunia.”



Penerima pingat itu sebelum ini adalah pemenang dua pingat emas Olimpik Yuna Kim (luncur ais) dan Pak Se-ri (golf).

Bulan lalu Heung-min berkongsi Kasut Emas dengan Mohamed Salah dari Liverpool selepas masing-masing menjaringkan 23 gol Liga Perdana Inggeris.

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button