DAP tentang usaha isytihar dana politik
Parti Tindakan Demokratik (DAP) merupakan antara parti politik yang menentang usaha pengisytiharan nama penderma dana politik di Malaysia.
Perkara tersebut pernah didedahkan oleh Datuk Seri Rahman Dahlan pada 2017.
DAP yang memang menentang pengisytiharan tersebut kerana takut para penderma dana politik enggan imej mereka terbongkar.
Kebiasaannya, DAP akan mengalihkan dana politik dengan majlis makan malam yang dianjurkan mereka bagi melindungi penderma dana politik untuk parti tersebut.
Bagaimana DAP mahu menjelaskan pendedahan yang pernah dilakukan oleh bekas pegawai khas DAP sendiri mengenai dana politik yang telah DAP terima?
Sehingga hari ini, DAP tidak berani mengambil tindakan terhadap dakwaan Razali. Tidakkah itu pelik?
Kini DAP bersama Majlis Presiden Pakatan Harapan berlakon kononnya mereka merupakan antara yang mahu dana politik yang diterima parti diisytiharkan.
Perlu diingatkan, DAP merupakan antara yang membela penerima wang dari dana asing untuk BERSIH.
LIM KIT SIANG AKUI BERSIH TERIMA DANA ASING
Jika benar DAP itu sebuah parti yang bersih, mengapa sebelum ini mereka tidak pernah mendedahkan jumlah dana politik parti itu?
DAP seringkali mendendangkan mereka adalah penentang rasuah.
Apabila didedahkan Kementerian Kewangan dibawah Lim Guan Eng meluluskan projek melalui ‘direct nego’, timbul persoalan, adakah DAP menerima faedah dari urusan tersebut untuk disalurkan sebagai dana politik mereka?
Hanya DAP memahami kehendak Mahathir